Monday, September 14, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Astena 09

18 0g0s 2oo9


Mesyuarat Agung Tahunan Astena (AGM) selamat diadakan di Dewan Kuliah 1, COiT dimana pucuk pimpinan tertinggi kelab mengalami perubahan disamping pembentangan kewangan berakhir sesi lepas dan juga pembentangan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada sesi tahun lepas oleh ketua-ketua cabang bagi setiap kumpulan seni dalam Astena.

Selain itu, buat pertama kalinya jawatankuasa pilihanraya Astena ditubuhkan untuk pengundian presiden baru dimana Nurul Asyikin selaku ketua pilihanraya dibantu oleh Ummi Hany, Syuhada Asyirin dan Samihah Omar sebagai sekretariat dalam pengundian dimana ahli Majlis Tertinggi layak mengundi.

Calon- calon yang dicadangkan:
* Muhammad Syazwan Misnan
* Hazman Hanafi
* Suriana Hanum Lokman

Majoriti pengundian sebulat sesuara memilih Muhammad Syazwan sebagai presiden baru bagi sesi 09/10 menggantikan Presiden Wan Ahmad Faris.

Pembubaran ahli MT dikekalkan untuk jangkamasa pendek kerana ahli MT sesi baru masih lagi belum ditentukan.

beberapa fasal perlembagaan Astena akan dipinda setelah majorit sebulat suara setuju untuk menggantikan beberapa fasal lama dna juga beberapa tambahan untuk menambahbaik perlembagaan kelab Astena yang kini menjangkau 10 tahun.

Ahli Anak Rumah Teater bertanggungjawab dalam pengendalian majlis dan juga dalam makanan. Tahniah diucapkan kepada Sopek, Faiz, Yasmin dan lain-lain atas kesempurnaan majlis yang berlangsung.

Tetamu jemputan pada malam itu ialah Puan Shazura Roslan atau nama mesra Kak Sha, selaku pegawai kebudayaan. Pak Arip selaku penasihat kelab dan juga Abang Elrinor dan anak-anak dia yang comel, Saufi dan Umar Audadi.

Penglibatan ahli pada malam itu mencapai jangkaan yang diharapkan iaitu seramai 50 orang. terima kasih kepada ahli yang sudi meluangkan masa pada AGM kali ini.
Video selingan mengenai aktiviti selama 2 tahun Astena juga ditayangkan sebagai kenangan.

Tahniah kepada Presiden Astena ke -9, Muhammad Syazwan bin Misnan!






perubahan pucuk pimpinan presiden.

0 pendapat: