
Dijemput semua warga siswa Uniten dan kerabat Astena untuk menonton persembahan teater sambil melakukan amal jariah pada bulan Syawal ini
kepada yang tak sempat derma bulan Ramadan lalu, boleh la mulakan derma seikhlas anda disini :)
Pementasan Amal KDKB 113 dengan kerjasana Rumah Teater Astena - karya MK Farhan akan diadakan di Auditorium Perpustakaan Rabu 7 Okt 09 bermula 8.15PM.
Dermalah seikhlas hati anda kepada mereka yang memerlukan.
Tuesday, October 6, 2009
Pementasan Amal Teater KDKB 113
isu ; aktiviti kampus, teater
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 12:18 PM 0 pendapat
Monday, September 14, 2009
Video - Konsert Gamelan Malaysia UKM 09
isu ; aktiviti luar kampus, gamelan, koir, persembahan, video
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 9:06 PM 0 pendapat
Mesyuarat Agung Tahunan Astena 09
isu ; ahli MT, aktiviti kampus, mesyuarat, peristiwa
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 7:08 PM 0 pendapat
Majlis Konvokesyen UNiTen ke -12

surrounding.. pix taken from someone.. *kredit later to him*

isu ; aktiviti kampus, gamelan, koir, konvokesyen, persembahan
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 6:44 PM 0 pendapat
Festival Seni Uniten 09
isu ; aktiviti kampus, Citra Seni, persembahan
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 4:49 PM 0 pendapat
Thursday, August 20, 2009
Bazaar Club & Societies Sem 1 09/10
Berlangsung selama 2 hari dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Kumpulan Tarian Astena turut melakukan persembahan tarian tradisional moden dalam menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli baru dalam Astena.
isu ; aktiviti kampus
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 2:51 PM 0 pendapat
Teater Pegawai Khalwat
14 Julai 2009.
Astena telah mengadakan rombongan menonton Teater berjudul 'Pegawai Khalwat' yang diadakan di Auditorium Taman Budaya KL, Jln Tun HS Lee sempena Festival Teater KL 09.
Istimewanya teater ini ialah teater pada malam itu dari Kelab Kilat TNB dan dibintangi Kak Sha, Abang El dan Paan, Ketua Teater Astena.
Hampir 30 orang ahli Astena terdiri daripada anak Rumah Teater, Koir dan Gamelan hadir menonton menaiki bas.
Tahniah kepada pelakon-pelakon teater Pegawai Khalwat!
Gambar ramai-ramai. barisan pelakon dan krew Kelab Kilat TNB
Sketsa bas...
isu ; aktiviti luar kampus, peristiwa, persembahan, teater
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 2:16 PM 0 pendapat
Wednesday, August 19, 2009
Konsert Gamelan Malaysia UKM 09
kenangan manis..
Uniten turn!
Koir
the ultimate.
sewaktu rehearsal
11 Julai 2009
Maaf kepada pembaca blog. Kerana atas-atas kesibukan, barulah blog ini dapat dikemaskini dengan aktiviti pertama Kumpulan Kesenian Astena pada Semester 1, 09/10 ini.
Buat julung kali kumpulan seni Gamelan dan Koir berkolaborasi sebagai wakil peserta Uniten dalam Konsert Gamelan Malaysia anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di DECTAR. Acara terbesar kumpulan Astena setakat ini.
Latihan 'rehearsal' telah dilakukan seawal hari pertama semester ini kerana konsert ini diadakan tidak kurang seminggu lagi.
Perjumpaan pertama dilakukan di Bilik Gamelan Taman Budaya KL dibawah bimbingan Encik Sani, jurulatih Gamelan Astena.
Koir akan menyanyikan lagu 'Gambuh Menyanyi' bersama gamelan diikuti lagu 'Inas' oleh gamelan sendiri.
hari Sabtu seawal 8 pagi kumpulan Astena bersedia dan bas Uniten mengiringi perjalanan ke UKM sementara beberapa peserta membawa kenderaan sendiri mengikuti belakang bas.
Kami berada disana satu hari suntuk untuk persediaan dan rehearsal bersama wakil-wakil IPT lain terdiri daripada, UTP, UPSI, dan lain-lain.
Persembahan bermula jam 8.30PM dimulakan dengan pengenalan kepada wakil peserta yang terlibat. Persembahan pertama dimulakan oleh wakil UTP dan diikuti oleh Uniten.
Kak Sha, MK Farhan dan Najilaa turut hadir dalam menyokong kami.
isu ; aktiviti luar kampus, gamelan, koir, latihan, peristiwa, persembahan
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 7:14 PM 0 pendapat
Wednesday, July 8, 2009
Program menonton Teater 'Pegawai Khalwat'
MK Farhan @ Paan @ Pak An selaku Ketua Teater Astena mengharumkan nama kelab apabila dipilih memegang watak Pegawai Khalwat pada 14 Julai 09 di Auditorium Taman Budaya KL di Jalan Tun H.S Lee.
Teater ini juga disertai Puan Shazura Roslan atau nama mesra Kak Sha dan juga suaminya, Abang Elrinor.
Teater pada malam itu mewakili Kelab Kilat TNB sempena Festival Teater KL. Teater-teater yang terpilih akan mewakili KL pada Festival Teater Malaysia 09.
Justeru itu dalam memberi sokongan, Astena akan mengadakan rombongan untuk menonton teater pada Selasa depan. bas Uniten disediakan. Cuma bawak dompet dan badan je.
Hubungi ketua-ketua seni Astena kerana tempat duduk bas terhad kepada first serve-first basis.
Sila berikan nama, id selewatnya Jumaat ini.
isu ; aktiviti luar kampus, persembahan, pertandingan, teater
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 5:49 PM 0 pendapat
Sesi anak Rumah Teater Astena malam ini 8 Julai
'Sesi Khalwat Ramai2 Anak Teater'
Bertempat di Upten depan sinki
Pakai baju Anak Teater
Jam 8mlm. 8 Julai.Nombor ong beb
Sape lambat kena sula.
Sape tak pakai baju rasmi kita, wajib bogel.
Amaran oleh Pak An (Ketua Teater)
~ dari blog Rumah Teater.
isu ; aktiviti kampus, mesyuarat, teater
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 5:46 PM 0 pendapat
Aluan Semester baru!
Selamat kembali ke semester pengajian baru kepada kerabat-kerabat sekalian!
Pada minggu pertama Semester 1 09/10 aktiviti kelab terus digerakkan walaupun siswa-siswi sekalian masih sibuk dengan pelbagai hal mengenai kelas, yuran dan sebagainya.
Minggu ini kelab Astena mempunyai dua aktiviti di luar kampus;
1) Majlis Konvokesyen Ilsas 09 di Dewan Seri Sarjana, Khamis, 8 Julai. (Gamelan)
2) Festival Gamelan UKM pada Sabtu, 11 Julai (Gamelan + Koir)
Pada malam hari pertama semester, latihan julung kali kolaborasi antara gamelan dan koir diadakan di Bilik Latihan Muzik Taman Budaya Kuala Lumpur dbawah bimbingan Encik Sani yang juga merupakan tenaga pengajar Gamelan Astena.
isu ; aktiviti kampus, aktiviti luar kampus, gamelan, koir, latihan, persembahan
nukilan ; ~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ pada jam 5:36 PM 0 pendapat
