Sunday, August 31, 2008

Talent Nite '08 @ Uniten Kampus SHAS, Muadzam Shah

Jumaat 29 Ogos 08




Kelab ASTENA terdiri daripada Presiden Bob Hadi, Faris, Hazman dan Zulfahmie telah pergi ke UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Kami kesana atas jemputan rasmi oleh 'sister club' ASTENA, Kelab Citra Seni untuk menghadiri acara Talent Nite '08 yang dianjurkan oleh kelab mereka.Ini adalah pertama kali bagi kami berempat ke kampus UNITEN disana.

Kami pergi kesana menaiki kereta Faris dan perjalanan kesana mengambil masa hampir 4 jam menggunakan Lebuhraya KL-Karak.

Acara Talent Nite telah diadakan di Auditorium Uniten dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Kampus Muadzam Shah dan beberapa staf TNB dan Uniten sendiri.

Acara yang diadakan begitu meriah dengan penyertaan ramai yang pelajar yang ingin meluahkan bakat yang terpendam yang meliputi pelbagai kategori seperti Nyanyian, Band (Kugiran), Akustik dan Tarian. Kehadiran pelajar-pelajar lain yang menyokong rakan-rakan mereka yang terlibat begitu memberangsangkan dan menggamatkan auditorium.

Kehadiran pelajar yang menjadi audiens juga penting kerana mereka yang menentukan siapa pemenang untuk setiap kategori Talent Nite malam itu dimana undian pelajar merangkumi 50% dan markah undian 3 juri yang terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran dan juga tetamu khas dari Segamat yang juga 50%.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Kelab Citra Seni, Yuni, Ayu, Yanti, Riziana dan Ghafur yang melayan kami sepanjang kami berada disana walaupun untuk sekejap saja.

Selepas tamat acara, kami sempat bertemu dengan TNC Uniten Muadzam Shah sendiri dan selepas itu bergerak keluar dan berjalan di sekitar Bandar Muadzam Shah mengambil gambar di depan kampus dan juga sekitar bandar.

Selepas menjamu makan lewat malam disebuah restoran R&R di Lebuhraya Muadzam Shah (terima kasih kepada Ghafur yang belanja kami makan), kami berpisah menuju haluan masing-masing dimana kami pulang ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga.


Diharapkan ikatan persahabatan antara mahasiswa kampus Putrajaya dan kampus Muadzam Shah terus utuh dalam memeriahkan lagi budaya seni di Uniten walaupun dipisahkan oleh lokasi dan jarak.

Perasaan untuk tidak mahu pulang terasa tetapi memaksa kami untuk pulang jua.. tetapi jika ada kelapangan, ASTENA akan kesana lagi..





Wednesday, August 27, 2008

Mesyuarat MT Astena - Ogos 08







27/08/2008

Mesyuarat MT Astena telah diadakan di luar Bilik Gamelan (lampu bilik tidak berfungsi).
Antara yang dibincangkan ialah :
  • mengenai perkembangan terbaru persediaan Mesyuarat AGM Astena pada bulan 10 nanti,
  • acara BBQ astena
  • peralihan kuasa ahli MT selesai AGM Astena akan datang
  • laporan aktiviti dari ketua-ketua kumpulan
  • persediaan takwim aktiviti dan bajet tahun depan untuk dihantar kepada HEP.
  • dll;

Sunday, August 24, 2008

Majlis Konvokesyen ke - 11 UNITEN 2008







Kelab Astena terdiri daripada Gamelan, Band dan Koir telah mengadakan persembahan di majlis konvokesyen Uniten ke 11 bermula 23 dan 24 Ogos 2008 di Dewan Seri Sarjana (MPH).


Gamelan seperti tradisi konvokesyen sebelum ini memulakan persembahan alunan muzik pada perarakan graduan, para akademik, ahli Senat Universiti dan juga perarakan besar Cokmar universiti dan TYT Canselor Uniten, Tun Haji Abdul Rahman Abbas.


Gamelan juga mengalunkan muzik iringan pada upacara penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan dari Canselor dan Pro-Canselor.


Selain gamelan, kugiran Astena dan pianis solo koir, Lam turut mengiringi alunan muzik iringan upacara ijazah graduan.


Koir juga turut membuat persembahan dengan tiga kali sesi nyanyian lagu; lagu Uniten Terbilang pada awal pembukaan majlis, persembahan utama pada sesi rehat dimana koir menyanyikan dua buah lagu, Dirgahayu dan Stand By Me dan Negaraku pada sesi penutupan majlis konvo.





Sunday, August 10, 2008

Gamelan di TNB Bangsar




Ahad, 3 Ogos lalu bertempat di Kompleks Sukan TNB di Bangsar, kumpulan Gamelan Astena telah menerima jemputan untuk bermain muzik gamelan untuk majlis yang diadakan disitu. Seramai 6 orang pemain gamelan terlibat terdiri daripada;

- Presiden Bob Abdul Hadi
- Hazman
- Naib Presiden 2 Pokcik Uzair
- Naib Presiden 1 Wan Ahmad Faris
- Su
- Ketua Gamelan Syazwan

Puan Shazura Roslan, pegawai dari USK Uniten bertindak sebagai pegawai pengiring .

~ by Kaiser

Friday, August 8, 2008

Band Gig @ COE foodcourt
















Pada 6 Ogos 2008, kumpulan band Astena telah mengadakan persembahan santai di foodcourt COE bermula 12pm-2pm. Tujuan diadakan persembahan santai ini untuk memberikan band pendedahan dan keyakinan untuk membuat persembahan di hadapan orang awam terutama untuk Majlis makan malam Uniten Rowing Invitational pada 8 Ogos 08 di Dewan Seri Sarjana dimana mereka akan membuat persembahan nanti.