Thursday, August 20, 2009

Bazaar Club & Societies Sem 1 09/10


21 & 22 Julai 2009









Bazar kelab & Persatuan anjuran MPP Uniten kembali lagi!
Bazaar yang bertujuan untuk menarik ahli-ahli baru terdiri daripada pelajar kemasukan baru Semester 1 anjuran MPP diadakan di Foodcourt Upten.

Berlangsung selama 2 hari dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Kumpulan Tarian Astena turut melakukan persembahan tarian tradisional moden dalam menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli baru dalam Astena.

Selamat datang ahli-ahli baru!




Teater Pegawai Khalwat

14 Julai 2009.

Astena telah mengadakan rombongan menonton Teater berjudul 'Pegawai Khalwat' yang diadakan di Auditorium Taman Budaya KL, Jln Tun HS Lee sempena Festival Teater KL 09.

Istimewanya teater ini ialah teater pada malam itu dari Kelab Kilat TNB dan dibintangi Kak Sha, Abang El dan Paan, Ketua Teater Astena.

Hampir 30 orang ahli Astena terdiri daripada anak Rumah Teater, Koir dan Gamelan hadir menonton menaiki bas.

Tahniah kepada pelakon-pelakon teater Pegawai Khalwat!


Gambar ramai-ramai.
barisan pelakon dan krew Kelab Kilat TNB




Sketsa bas...

Wednesday, August 19, 2009

Konsert Gamelan Malaysia UKM 09

kenangan manis..
Uniten turn!
Koir
the ultimate.


sewaktu rehearsal


11 Julai 2009

Maaf kepada pembaca blog. Kerana atas-atas kesibukan, barulah blog ini dapat dikemaskini dengan aktiviti pertama Kumpulan Kesenian Astena pada Semester 1, 09/10 ini.

Buat julung kali kumpulan seni Gamelan dan Koir berkolaborasi sebagai wakil peserta Uniten dalam Konsert Gamelan Malaysia anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di DECTAR. Acara terbesar kumpulan Astena setakat ini.

Latihan 'rehearsal' telah dilakukan seawal hari pertama semester ini kerana konsert ini diadakan tidak kurang seminggu lagi.

Perjumpaan pertama dilakukan di Bilik Gamelan Taman Budaya KL dibawah bimbingan Encik Sani, jurulatih Gamelan Astena.

Koir akan menyanyikan lagu 'Gambuh Menyanyi' bersama gamelan diikuti lagu 'Inas' oleh gamelan sendiri.

hari Sabtu seawal 8 pagi kumpulan Astena bersedia dan bas Uniten mengiringi perjalanan ke UKM sementara beberapa peserta membawa kenderaan sendiri mengikuti belakang bas.

Kami berada disana satu hari suntuk untuk persediaan dan rehearsal bersama wakil-wakil IPT lain terdiri daripada, UTP, UPSI, dan lain-lain.

Persembahan bermula jam 8.30PM dimulakan dengan pengenalan kepada wakil peserta yang terlibat. Persembahan pertama dimulakan oleh wakil UTP dan diikuti oleh Uniten.

Kak Sha, MK Farhan dan Najilaa turut hadir dalam menyokong kami.