Tuesday, January 27, 2009

~Selamat bercuti~

Kepada semua para kerabat Astena,

Selamat bercuti! Selepas berpenat lelah didalam peperiksaan mid-term yang agak menjerihkan.. inilah masa untuk relaks dan santai sebelum memulakan kembali sesi kuliah.

Program Astena selepas cuti:

1) Jemputan Gamelan untuk sambutan Tahun Baru Cina oleh PKC.
2) Jemputan persembahan menari World Cultural Festival di Universiti Teknologi Petronas (UTP) - 13 Feb
3) Festival Teater Uniten

**Program lain akan diumumkan kemudian.

Saturday, January 17, 2009

PGL The Musical




Puteri Gunung Ledang: The Musical kembali untuk musim ke-3!
Kaum kerabat Astena telah memilih tarikh 21 Feb 2009 untuk menonton teater muzikal ini yang akan diadakan di Istana Budaya dari 6 Feb - 21 Feb 2009. Anda bolehlah membeli tiket di kaunter box - office di Istana Budaya atau secara online di axcess.com.my
Pilihan jenis seat sudah tentu yang paling murah.. sertai kerabat Astena di Upper Circle seat yang berharga RM33 (RM24 untuk harga diskaun pelajar - perlukan ID - hanya di kaunter tiket sahaja ya..).
Jumpa disana!

Sertai Team Koir!


Oh Palestina!


Kubah Jumaat siang tadi, yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Ustaz Salehudin memang benar-benar menyentuh emosi saya. Jadi, saya lukiskan poster di atas sebagai luahan emosi dan sokongan.

Friday, January 16, 2009

Makyung Raja Besar Senyanya




11 Januari 2009







Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, seramai 6 kerabat Astena terdiri daripada mantan Presiden Bob Hadi, Syazwan, Hazman, Nazeera, Saleha dan Zulfahmie menonton persembahan teater Makyung: Raja Besar Senyanya yang dipertontonkan selama 2 hari pada 10 dan 11 Januari.

Raja Besar Senyanya membawa kisah anak Raja Gondang yang terkenal dalam genre makyung dan seringkali dipersembahkan kepada golongan diraja serta aristokrat.
Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa fizikal siput gondang.
Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.

Julung kalinya ditonton oleh kaum kerabat Astena yang pertama kali menonton Makyung, persembahan hampir 2 jam setengah ini penuh dengan unsur tradisi yang halus seni tariannya dan juga unsur mistik. Adegan humor oleh wak-wak Raja menggamatkan suasana dan amat menarik untuk ditonton (wajar untuk 18 tahun keatas - mengandungi unsur humor sensitif.. ;p).

Rumah Teater T-Shirt Re-Designed



Rumah Teater Astena Shirt Design. Nantikan kewujudannya!

Kepada yang berminat, anda boleh lah menghubungi Ketua Teater Astena, Paan di blog Rumah Teater atau letakkan nama dan emel anda di sini..