Monday, December 29, 2008

Malam Pertama Astena sesi Sem 2 08/09.



Perlaksanaan majlis alu-aluan ahli baru Astena atau dipanggil Malam Pertama Astena pada 23 Disember lalu berjalan dengan lancar walaupun agak lari dari perancangan awal yang dibuat sebelum ini.

Farhan, Ketua Teater merancang pelaksanaan persembahan untuk malam itu yang dibuat untuk kali kedua pada tahun ini.

Berbeza dengan persembahan malam Pertama sebelum ini yang menggunakan layar putih bak wayang kulit untuk membuat persembahan, kali ini ahli-ahli baru akan duduk mengelilingi bilik sementara senior Astena duduk disekeliling mereka dan ditengah-tengah bilik gamelan penari-penari memulakan tarian Asmaradana selepas gong dan gamelan dimainkan.

Tamat tarian, gong dipalu menandakan band dan koir bergabung dalam La Bamba.

Akhir sekali Farhan keluar mewakili teater menyahut semua ahli bangun mengelilingi Faris mencari dimana cahaya yang hilang dan diakhiri dengan laungan Astena! dan berakhirnya sebuah short performance untuk aluan kepada generasi baru Astena.

Faris kemudian bangun menyampaikan ucaptama beliau dan memperkenalkan kelab kepada ahli baru dan diikuti pengenalan kepada MT Ketua-ketua cabang seni Astena.

Selamat datang wahai anak-anak seni!

Saturday, December 20, 2008

Mini Bazar 2008






Pada 16-17 Disember 2008 di Food Court 2 (Upten), MPP Uniten dibawah kendalian Exco Kelab dan Persatuan, Aliff Irshad telah mengadakan program Mini Bazar selama 2 hari dimana kelab-kelab dan persatuan-persatuan di Uniten menyertai program ini untuk memperkenalkan kelab masing-masing dan menarik ahli-ahli baru.

Astena juga turut tidak ketinggalan dalam program yang diadakan setiap awal semester dalam mempromosikan kelab dan mencari bakat-bakat baru tidak kira dalam apa jua bidang seni didalam Astena.

Mesyuarat kilat untuk program ini diadakan sehari sebelum program bermula untuk membincangkan tugas-tugas yang perlu seperti persediaan booth, dekorasi, flyer dan juga persembahan untuk malam mini bazar itu.

Konsep dekorasi dibawah seliaan Timbalan Presiden Syazwan dan juga Ketua Tarian Nazer dibantu oleh beberapa kerabat Astena pada petang hari mini bazar bermula.

Selama 2 hari mini bazar diadakan, tarian dan koir telah membuat persembahan di pentas dan gamelan juga turut memainkan peranan pada malam perasmian untuk iringan VIP; Dekan COE, Presiden MPP Syafeeq dan Aliff Irsyad sebagai ketua program.

Pada majlis malam penutup Astena meneruskan kesinambungan tradisi memenangi dekorasi booth terbaik hampir setiap semester berturut-turut. Tahniah diucapkan.

Mantan Presiden Bob Hadi, Pokcik dan Ex-veep Mastura juga turut hadir pada malam mini bazar sebagai tanda sokongan.

hampir 45 kerabat baru mendaftar sebagai ahli. Selamat datang kepada mereka yang baru menyertai keluarga Astena.

Saturday, December 13, 2008

Rumah Teater Astena

akhirnya seperti yang telah diuar-uarkan oleh Ketua Teater MK Farhan @ Paan sebelum ini, kini blog cabang teater Astena telah wujud secara rasmi sebagai komplimen sub-blog Astena yang baru.
blog ini dibawah kendalian ketua teater sendiri sebagai platform informasi untuk aktiviti berkait dengan seni teater.

lawat di http://rumahteater.blogspot.com

Wednesday, December 10, 2008

Special Tribute: Permata Seni.. Mastura @ Mastot..









Mastura Abd Rahim atau lebih mesra dikenali sebagai Mas atau Mastot dikalangan rakan-rakan telah meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden, ahli Astena dan juga mahasiswa Uniten melalui kata-kata yang diucapkan oleh beliau pada malam mesyuarat kelmarin.

Walaupun agak sukar dipercayai melalui berita tergempar yang beliau beritahu melalui mesyuarat semalam, Mastot yang sudah pun memulakan sesi kuliah di tempat baru telah bertukar pengkhususan dari bidang kejuruteraan di Uniten ke bidang corporate communication di kampus jiran sebelah Uniten, KLIUC @ Ikram.

susah melepaskan permata yang berkilau yang sukar dicari ganti. Walau berat menerima dengan berita yang mengejutkan itu, diharap Mastura@ Mastot akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan tidak lupa kepada Astena dan ahli-ahli kerabat yang sentiasa menyanjungi seorang sahabat, pianist dan pelakon teater Uniten....

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Tuesday, December 9, 2008

Mesyuarat pertama sem 2 08/09

Mesyuarat pertama Semester 2.

Mesyuarat pada Selasa, 9 Disember 08 telah diadakan di Bilik Gamelan, Dewan Seri Sarjana pada 10.30 malam.
Ini adalah mesyuarat pertama dibawah kendalian Presiden baru, Wan Ahmad Faris.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan pada malam itu ialah:

1) Penetapan hari latihan mingguan setiap cabang seni untuk semester ini;

Gamelan : Isnin (Bilik Gamelan)
Tarian : Rabu & Jumaat (3 petang).
Koir : Selasa & Khamis (di piano dewan)
Band : Rabu (Bilik Muzik)
Teater : Selasa (Bilik Gamelan)

2) Bazar Kelab & Persatuan 08 untuk menarik ahli baru pada 16 Disember 08 dimana AJK dilantik untuk tugasan pada hari tersebut.

Dekorasi : Wan, Lisya, Najilaa dan Nad.
Jaga Booth: Apis, Meem, Os
Flyer/ Borang: Paan.

Juga dibincangkan pada hari tersebut ialah slot persembahan oleh tarian, koir dan gamelan.

3) Berita tergempar oleh timbalan presiden 1, Mastura... (di post baru kemudian)