Monday, December 29, 2008

Malam Pertama Astena sesi Sem 2 08/09.



Perlaksanaan majlis alu-aluan ahli baru Astena atau dipanggil Malam Pertama Astena pada 23 Disember lalu berjalan dengan lancar walaupun agak lari dari perancangan awal yang dibuat sebelum ini.

Farhan, Ketua Teater merancang pelaksanaan persembahan untuk malam itu yang dibuat untuk kali kedua pada tahun ini.

Berbeza dengan persembahan malam Pertama sebelum ini yang menggunakan layar putih bak wayang kulit untuk membuat persembahan, kali ini ahli-ahli baru akan duduk mengelilingi bilik sementara senior Astena duduk disekeliling mereka dan ditengah-tengah bilik gamelan penari-penari memulakan tarian Asmaradana selepas gong dan gamelan dimainkan.

Tamat tarian, gong dipalu menandakan band dan koir bergabung dalam La Bamba.

Akhir sekali Farhan keluar mewakili teater menyahut semua ahli bangun mengelilingi Faris mencari dimana cahaya yang hilang dan diakhiri dengan laungan Astena! dan berakhirnya sebuah short performance untuk aluan kepada generasi baru Astena.

Faris kemudian bangun menyampaikan ucaptama beliau dan memperkenalkan kelab kepada ahli baru dan diikuti pengenalan kepada MT Ketua-ketua cabang seni Astena.

Selamat datang wahai anak-anak seni!

Saturday, December 20, 2008

Mini Bazar 2008






Pada 16-17 Disember 2008 di Food Court 2 (Upten), MPP Uniten dibawah kendalian Exco Kelab dan Persatuan, Aliff Irshad telah mengadakan program Mini Bazar selama 2 hari dimana kelab-kelab dan persatuan-persatuan di Uniten menyertai program ini untuk memperkenalkan kelab masing-masing dan menarik ahli-ahli baru.

Astena juga turut tidak ketinggalan dalam program yang diadakan setiap awal semester dalam mempromosikan kelab dan mencari bakat-bakat baru tidak kira dalam apa jua bidang seni didalam Astena.

Mesyuarat kilat untuk program ini diadakan sehari sebelum program bermula untuk membincangkan tugas-tugas yang perlu seperti persediaan booth, dekorasi, flyer dan juga persembahan untuk malam mini bazar itu.

Konsep dekorasi dibawah seliaan Timbalan Presiden Syazwan dan juga Ketua Tarian Nazer dibantu oleh beberapa kerabat Astena pada petang hari mini bazar bermula.

Selama 2 hari mini bazar diadakan, tarian dan koir telah membuat persembahan di pentas dan gamelan juga turut memainkan peranan pada malam perasmian untuk iringan VIP; Dekan COE, Presiden MPP Syafeeq dan Aliff Irsyad sebagai ketua program.

Pada majlis malam penutup Astena meneruskan kesinambungan tradisi memenangi dekorasi booth terbaik hampir setiap semester berturut-turut. Tahniah diucapkan.

Mantan Presiden Bob Hadi, Pokcik dan Ex-veep Mastura juga turut hadir pada malam mini bazar sebagai tanda sokongan.

hampir 45 kerabat baru mendaftar sebagai ahli. Selamat datang kepada mereka yang baru menyertai keluarga Astena.

Saturday, December 13, 2008

Rumah Teater Astena

akhirnya seperti yang telah diuar-uarkan oleh Ketua Teater MK Farhan @ Paan sebelum ini, kini blog cabang teater Astena telah wujud secara rasmi sebagai komplimen sub-blog Astena yang baru.
blog ini dibawah kendalian ketua teater sendiri sebagai platform informasi untuk aktiviti berkait dengan seni teater.

lawat di http://rumahteater.blogspot.com

Wednesday, December 10, 2008

Special Tribute: Permata Seni.. Mastura @ Mastot..









Mastura Abd Rahim atau lebih mesra dikenali sebagai Mas atau Mastot dikalangan rakan-rakan telah meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden, ahli Astena dan juga mahasiswa Uniten melalui kata-kata yang diucapkan oleh beliau pada malam mesyuarat kelmarin.

Walaupun agak sukar dipercayai melalui berita tergempar yang beliau beritahu melalui mesyuarat semalam, Mastot yang sudah pun memulakan sesi kuliah di tempat baru telah bertukar pengkhususan dari bidang kejuruteraan di Uniten ke bidang corporate communication di kampus jiran sebelah Uniten, KLIUC @ Ikram.

susah melepaskan permata yang berkilau yang sukar dicari ganti. Walau berat menerima dengan berita yang mengejutkan itu, diharap Mastura@ Mastot akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan tidak lupa kepada Astena dan ahli-ahli kerabat yang sentiasa menyanjungi seorang sahabat, pianist dan pelakon teater Uniten....

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Tuesday, December 9, 2008

Mesyuarat pertama sem 2 08/09

Mesyuarat pertama Semester 2.

Mesyuarat pada Selasa, 9 Disember 08 telah diadakan di Bilik Gamelan, Dewan Seri Sarjana pada 10.30 malam.
Ini adalah mesyuarat pertama dibawah kendalian Presiden baru, Wan Ahmad Faris.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan pada malam itu ialah:

1) Penetapan hari latihan mingguan setiap cabang seni untuk semester ini;

Gamelan : Isnin (Bilik Gamelan)
Tarian : Rabu & Jumaat (3 petang).
Koir : Selasa & Khamis (di piano dewan)
Band : Rabu (Bilik Muzik)
Teater : Selasa (Bilik Gamelan)

2) Bazar Kelab & Persatuan 08 untuk menarik ahli baru pada 16 Disember 08 dimana AJK dilantik untuk tugasan pada hari tersebut.

Dekorasi : Wan, Lisya, Najilaa dan Nad.
Jaga Booth: Apis, Meem, Os
Flyer/ Borang: Paan.

Juga dibincangkan pada hari tersebut ialah slot persembahan oleh tarian, koir dan gamelan.

3) Berita tergempar oleh timbalan presiden 1, Mastura... (di post baru kemudian)

Thursday, November 20, 2008




*SELANGOR
Tarikh: 29 November 2008 (Sabtu)
Lokasi Persembahan: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Masa: 8.45 malam
Persembahan: Koir Kebangsaan

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 22 November 2008 (Sabtu)
Lokasi Persembahan: Taman Budaya Negeri Sembilan
Masa: 8.45 malam
Persembahan: Koir Remaja Kebangsaan

Gamelan @ Sunway

Pada Khamis 27 November 08 di Sunway Pyramid, kumpulan Gamelan akan mengadakan persembahan di sana pada minggu hadapan.

Butir-butir lanjut akan diberikan kemudian.

Monday, November 17, 2008

Post exam: Jalan2 ke Zoo Negara



Sudah lama blog ini tidak diupdate sejak minggu final exam yang menjerihkan..


anyway, tiada aktiviti seni berlaku melainkan jemputan kepada kumpulan gamelan dengan gamelan UPM untuk majlis konvokesyen UNISEL (dibatalkan) dan juga jemputan bermain gamelan oleh pihak Uniten untuk majlis TNB yang masih belum dimuktamadkan.

Bekas Naib Presiden 1, Uzair@ Pokcik telah mengajak rakan-rakan Astena ke Zoo Negara, tempat yang terakhir kita akan fikir untuk kesana.

Ada baiknya memandangkan sebilangan ahli ada yang sudah lama tidak ke zoo dari zaman kanak-kanak atau tidak pernah langsung pergi ke zoo walaupun menetap di KL dan Selangor..haha.

memandangkan lawatan tak rasmi ini dilakukan pada hari Jumaat (selepas solat Jumaat), tidak ramai orang melawat zoo pada hari tersebut.

Apa yang pasti, keadaan zoo masih kekal sama seperti dahulu jika ada yang ingat meskipun dihimpit dengan pembangunan dengan kawasan perumahan yang hanya dipisahkan oleh tembok batu.

Pelbagai haiwan dari pelbagai spesies menarik perhatian antaranya monyet, cimpanzi, gajah, zirafah dan lain-lain. Tidak terkecuali persembahan dari dua anjing laut yang menghiburkan disamping memberi penyedaran tentang menjaga alam sekitar kepada generasi muda.

Kami mengakhiri lawatan ke zoo dengan seribu kenangan disamping mengembalikan nostalgia ketika perasaan gembira melawat zoo sewaktu kecil dahulu..

Sebelum pulang, kami makan malam di restoran sup GearBox di Bangi.

Delegasi ahli ke zoo:

Bob Hadi
Pokcik
Faris
Farah
Hazman
Najilaa
Lisya
Zul
Amzar

p/s: gambar akan diupload later.. internet prob..

Monday, October 27, 2008

salam final exam!

salam semua, khasnya warga astena yg disayangi..

sempena menyambut ketibaan final exam ni,
masygjelita nk mengucapkan semoga berjaya kepada semua..
semoga segala aktiviti kelab dapat terus diadakan selepas exam nanti..
jgn lupa, baca doa sebelum menjawab!

akhir kata, mohon maaf atas segala kekhilafan..
dan mari saling sama mendoakan antara sahabat..

adios!
-masygjelita-

Sunday, October 26, 2008

Mesyuarat Pertama AGM sesi 2




19 oktober 08
AGM sesi ke-2 diadakan di Dewan Kuliah COIT pada 9 malam yang dihadiri oleh para kerabat kelab Astena.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Naib Presiden 1, Pokcik Uzair dan diikuti ucapan Presiden Bob Hadi yang akan mengakhiri tempoh kuasa presiden beliau secara rasminya.
Program kemudian diikuti oleh pembentangan laporan aktiviti bagi cabang seni Astena; Teater, Koir dan Tarian dan laporan kewangan kelab dari bendahari, Mim.
Selepas ucapan panjang lebar oleh saudara Bob, termaktub dengan rasminya kuasa Majlis Tertinggi Astena sesi 07/08 dibubarkan.
Presiden Astena ke-9, Wan Ahmad Faris mengambil alih kuasa pengurusan Presiden dari mantan beliau dengan penyerahan kunci bilik Gamelan sebagai tanda simbolik peralihan kuasa.

Sesi kemudian diteruskan dengan ucapan Presiden Faris dan pengumuman barisan baru MT Astena sesi 08/09.


Berikut adalah senarai rasmi MT Astena 08/09 pada AGM lalu.
Presiden > Wan Ahmad Faris
Timbalan Presiden 1 > Mastura
Timbalan Presiden 2 > Syazwan
Setiausaha > Alin
Bendahari > Mim


Ketua Gamelan > Suriana
Ketua Teater > Farhan
Ketua Tarian > Nazirah
Ketua Koir > Sarah Fadilah
Ketua Kugiran > Hazman Hanafi


Exco Biro Presiden
Biro Promosi
Ramzalikha
Mus
Kavita

Biro IT& Multimedia
Zulfahmie
Fatah

Biro Program
Mas Ilmi
Nadzirah
Didi Nadiya

Biro Tugas-tugas Khas
Irwan
Amzaar
Daus
Wan Diva

Program Raya Sakan sebelum study exam - Day 2











19 OKT 08 bersamaan 19 Syawal.
Program raya kedua bermula seawal 10 pagi (seperti biasa) dimana perancangan kami beraya ke rumah member di KL dan ke Bangi pula.
Untuk rumah pertama, kami ke rumah Presiden Bob di Kampung Sahabat diikuti rumah Nad dan rumah Arif teater. Ketiga-tiga rumah mereka berdekatan di Gombak.
Selepas itu, kami ke LRT Taman Melati mengambil Hazman yang baru pulang dari Port Dickson dan meneruskan perjalanan raya ke rumah Zul koir di Jalan Ipoh. Kemudian, atas permintaan Zul, kami ke rumah rakan sekolah lama Zul di Taman Seri Delima, juga di Jalan Ipoh untuk menghadiri rumah terbuka rakan beliau disitu.
Perjalanan raya di KL tamat dan kami meneruskan konvoi raya ke Bangi pula. Rumah Wan tarian di Seksyen 3 dilawati dan diakhiri dengan rumah Presiden Faris di Kajang.
Dengan itu, perjalanan raya kami berakhir dan seterusnya bersiap sedia untuk AGM pada sebelah malam pada pukul 9pm.

Tuesday, October 21, 2008

Program Raya Sakan sebelum study exam - Day 1







Anda silap jika mengatakan mood raya dah habis... di ASTENA, jika sebulan Syawal, sebulan lah beraya.. anyway setelah program jom Raya ke Selatan tamat, program edisi baru raya timbul ekoran kehendak ahli sendiri.
Program raya ini diadakan selama 2 hari dimana pada hari pertama, dengan baju penuh sekular dan kasual (lelaki) dan tradisi (wanita) kami pergi ke empat buah rumah dimana rumah terakhir dimasukkan pada saat2 akhir perancangan.
Rumah 1: Amzaar, Banting
Rumah 2: Abang Rahim, TTDI Jaya, Shah Alam
Rumah 3: Daus, Jalan Plumbum, Shah Alam
Rumah 4: Mak saudara Donat, Kajang
Pelbagai juadah disediakan tetapi hidangan tradisi seperti lemang, lontong, ketupat dan rendang masih menjadi hidangan utama.
Kami juga dapat menikmati suasana kampung yang aman di Banting sebelum memasuki bandaraya Shah Alam yang sesak walaupun hujung minggu.
Konvoi kesana menaiki tiga buah kereta nasional terdiri dari dua kancil (milik Pokcik dan Zul A) dan Saga (Amzaar).
Senarai yang menyertai program ini:
- Bob Hadi
- Pokcik dan partner, Lisya
- Amzaar dan partner
- Zul A
- Zul B
- Nad
- Darwin
- Donat (join di Kajang saja)
- Leha (join di Kajang saja)
- Najilaa (join di Kajang saja)

Sesi kedua raya akan disambung..


BBQ launch!












Program BBQ idea Presiden Bob telah selamat diadakan (walaupun ade kebakaran minor berlaku) pada malam 12 oktober lepas di perkarangan khemah parking di stadium mini Uniten.

Segala persiapan telah digerakkan seawal 2 hari untuk melancarkan program kegemaran Presiden yang akan dimasukkan dalam perlembagaan sebagai aktiviti wajib..
Sementara Team Bob terdiri menyediakan coleslaw di rumah, Team Faris telah berada di khemah menyiapkan kelengkapan barbeku yang dibantu oleh Shimi dan Pian untuk menyalakan arang yang susah untuk dibakar..
Ramai ahli datang memeriahkan acara termasuk lah ahli senior seperti Ewoq yang hadir bersama teman dan ramai lagi..
Hujan renyai tidak melunturkan semangat bahkan menambahkan panik apabila meja terbakar.. haha.. walau apapun, perjalanan bbq berjalan dengan baik..

Majis BBQ ini juga adalah yang terakhir dibawah seliaan Bob yang akan mengakhiri zaman pelajarnya dan juga Pokcik dimana mereka akan melangkah ke alam baru (bukan barzakh.. not yet).. diharap kenangan BBQ malam itu menjadi ingatan manis kepada semua..

Lihat dan ambil le gambar2 masa barbeku..

Jom Raya ke selatan..

12 Oktober 2008


Di rumah Sarah...


Akhirnya, setelah lama tak update.. kini blog diupdate semula dgn cerita baru kelab yg disayangi ini..





Di rumah Paan


Program jom raya ke selatan bermula dengan menuju ke rumah Farhan aka Paan debat di Bandar Seri Putra.
Konvoi yang mengikuti jalan raya ini hampir 17 orang terdiri daripada Presiden Bob, Faris, Rahim, Amzaar, Zulfahmie, Mas Ilmi, Didi Nadiya, Donat, Pokcik, Lisya, Najilaa Nad, Nurul, Ummi, Samihah dan Shu. Sebanyak empat buah kereta terlibat.

di rumah Paan, kami dijamu dengan masakan tema Itali oleh famili beliau, spageti bolognese dan tak dilupakan, kuih-muih.

Dalam pukul 1, kami bergerak pula ke Kota Seriemas di Nilai ke rumah rakan Nurul, yang juga seorang pelajar Uniten. Perjalanan ke rumah ini pada awalnya tidak termasuk didalam program raya tetapi kami setuju ke empunya rumah, Sharifah Laila.

Disini kami juga dihidangkan dengan spageti, nuget, dan aiskrim sebagai dessert.
Kota Seriemas ini sunyi kerana masih lagi dalam pembangunan tetapi pemandangan disini amat menghijau menyamankan diri..

Tidak membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke rumah Sarah di Senawang. Kerana sesat tidak tahu arah lebuhraya, kami melalui jalan lama menuju ke Seremban.

Dirumah Sarah, sate menjadi pembuka selera.. setiap dari kami diberi duit raya oleh bapa Sarah.. terima kasih.. tak sangka kami dah tua inipun dapat lagi duit raya. :)

rumah Sarah mejadi destinasi terakhir raya kami sebelum bersiap untuk malam ini untuk acara BBQ pula..


Di rumah Sharifah Laila..

Friday, October 10, 2008

BBQ party meeting




10 Oktober 08

Mesyuarat khas mengenai BBQ pada Ahad ini dihadiri oleh Bob, Faris, Pokcik, Najilaa, Hazman, Zul, Mas Ilmi, Didi Nadiya, Nad, dan Mastot di Bilik Gamelan membincangkan perjalanan program BBQ, perkakasan, barang basah dan kering, bajet dan lain-lain.

Tuesday, October 7, 2008

Mesyuarat Takwim kelab sesi baru


7 Oktober 2008. Selasa.


Mesyuarat perbincangan takwim berlangsung di MPH yang diketuai oleh Presiden Astena yang baru, Faris untuk sesi semester satu tahun bermula semester depan dimana ketua-ketua cabang seni melaporkan perancangan aktiviti beserta bajet kasar kepada Presiden untuk dihantar ke USK dan HEP untuk peruntukan di bawah dana tabung aktiviti pelajar.


Tuesday, September 30, 2008

Syawal tiba Ramadan dikenang..


Friday, September 26, 2008

Gamelan @ Robogamez 08


Gamelan telah membuat persembahan pada majlis perasmian Robogamez 08 oleh Mobile Robotic Group di Dewan Seri Sarjana yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 September 2008. Seramai 6 pemain terlibat.

Sunday, September 21, 2008

Buka puasa dan pilihanraya

16 September 08
Hari ini hari bersejarah kerana hari tertubuhnya Malaysia dan juga hari kelab ASTENAmengadakan majlis berbuka puasa di Putrajaya.
Presiden Bob Hadi memilih cara yang efisien dan jimat tetapi meriah dengan membeli makanan dan minuman untuk berbuka di bazar Ramadan dan berbuka ramai-ramai di bawah jambatan Seri Gemilang berhampiran Masjid Putra.


Sebelum itu, pada sebelah siangnya, Presiden Bob, Pa'an dan Zul bersama-sama menyertai kawanan mahasiswa menonton Pidato Umum di Lobi COIT untuk memberi sokongan pada rakan calon MPP yang kami sokong, saudara Syafeeq.


Aktiviti ahli ASTENA tidak berakhir selepas majlis buka puasa ala santai di Putrajaya, tetapi diteruskan di COIT dimana kami menyaksikan Pidato Umum ke -3 di Food COurt 2 (Upten) melihat ucapan manifesto, rayuan dan janji manis 16 calon-calon MPP sesi 2008. ASTENA disini menyokong Syafeeq sebagai calon pilihan untuk MPP kali ini.