Wednesday, August 19, 2009

Konsert Gamelan Malaysia UKM 09

kenangan manis..
Uniten turn!
Koir
the ultimate.


sewaktu rehearsal


11 Julai 2009

Maaf kepada pembaca blog. Kerana atas-atas kesibukan, barulah blog ini dapat dikemaskini dengan aktiviti pertama Kumpulan Kesenian Astena pada Semester 1, 09/10 ini.

Buat julung kali kumpulan seni Gamelan dan Koir berkolaborasi sebagai wakil peserta Uniten dalam Konsert Gamelan Malaysia anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di DECTAR. Acara terbesar kumpulan Astena setakat ini.

Latihan 'rehearsal' telah dilakukan seawal hari pertama semester ini kerana konsert ini diadakan tidak kurang seminggu lagi.

Perjumpaan pertama dilakukan di Bilik Gamelan Taman Budaya KL dibawah bimbingan Encik Sani, jurulatih Gamelan Astena.

Koir akan menyanyikan lagu 'Gambuh Menyanyi' bersama gamelan diikuti lagu 'Inas' oleh gamelan sendiri.

hari Sabtu seawal 8 pagi kumpulan Astena bersedia dan bas Uniten mengiringi perjalanan ke UKM sementara beberapa peserta membawa kenderaan sendiri mengikuti belakang bas.

Kami berada disana satu hari suntuk untuk persediaan dan rehearsal bersama wakil-wakil IPT lain terdiri daripada, UTP, UPSI, dan lain-lain.

Persembahan bermula jam 8.30PM dimulakan dengan pengenalan kepada wakil peserta yang terlibat. Persembahan pertama dimulakan oleh wakil UTP dan diikuti oleh Uniten.

Kak Sha, MK Farhan dan Najilaa turut hadir dalam menyokong kami.

0 pendapat: