Tuesday, April 28, 2009

Astena di PWTC, KL Book Fair




18 April 2009, Sabtu.

Sekitar hari persembahan Rumah Teater di pentas ruang legar PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 09. Ini adalah julung kali persembahan Rumah Teater di luar Uniten.

Syabas diucapkan!

Saturday, April 18, 2009

Persembahan pelajar Uniten @ KL Book Fair.

hari ini 18 April 2009 di Ruang legar lobi PWTC bermula 2 - 4 petang diadakan persembahan kebudayaan dari pelajar Uniten, khususnya dari cabang teater Astena.

Diharapkan anda dapat turut hadir dalam menyokong mereka yang melakukan persembahan di Pesta Buku Antarabangsa KL!

Klik di sini untuk jadual aktiviti di Pesta Buku 2009.

Friday, April 10, 2009

Semerah Padi.

TEATER: Bangsawan SEMERAH PADI
ARAHAN: Khusiary Mahayuddin
ANJURAN: RESAM dengan kerjasama JKKN dan DBKL
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
TARIKH: 9 - 12 April 2009
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA
layari
http://resam.blogspot.com/


*dari mekarbudaya.blogspot.com

Kepada yang berminat untuk menonton, bolehlah ke Panggung Bandaraya DBKL bermula malam ini.

Selamat bercuti!

Semester 2 08/09 sudahpun berakhir dan kini pelajar-pelajar degree akan ada yang bercuti dan ada yang akan memulakan latihan industri.

Jika ada apa-apa aktiviti berkaitan kelab pada Special Semester ini, akan dimaklumkan kemudian.

Selamat bercuti, dan selamat berprektikal!

Kepada ahli foundation, selamat study!

Sunday, March 29, 2009

Selamat harijadi Presiden Faris!




29 Mac 2009

Hari ini kelab Astena meraikan Hari Presiden @ President Day.
Termaktub bahawa tarikh hari ini merupakan hari kelahiran Presiden Astena, Wan Ahmad Faris Wan Abd Hamid yang ke-22.
Ini merupakan sambutan harijadi beliau yang pertama sebagai Presiden selepas mengambil alih pemerintahan dari mantan Presiden Abdul Hadi pada tahun lepas.
Semoga kelab Astena mekar dibawah pentadbiran tuan presiden. Amin.. ^^)

Selamat hari lahir tuan presiden ke-22!
- Dari seluruh keluarga kerabat kelab Astena~

Saturday, March 21, 2009

Hari Terbuka Uniten 09




21 Mac 09

Jajarkan ke Kiri
Pada hari ini telah diadakan Hari Terbuka Uniten 09 (Uniten Open Day) bertujuan untuk menarik pelajar-pelajar lepasan SPM, pemegang diploma dan lain-lain yang berkelayakan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi disini.

Kelab Astena telah diminta untuk mengadakan persembahan sempena hari khas ini dalam memeriahkan lagi acara dimana kumpulan Gamelan dan Koir terlibat dan secara tidak langsung ini dapat menonjolkan kelab Astena pada bakal-bakal mahasiswa yang akan mengikuti pengajian di Uniten.

Selain Astena, Kelab Silat Cekak Hanafi dan UNIC juga turut sama dalam menonjolkan aktiviti seni dan budaya di Uniten.

Wednesday, March 18, 2009

Inter-Club Tenpin Bowling





Hamper, piala pusingan dan pingat menjadi taruhan..



Ahad, 15 Mac 09

Perlawanan Tenpin Bowling antara kelab dan persatuan Uniten telah diadakan di The Mines Bowling Centre. Perlawanan tahunan ini diadakan bagi merapatkan silaturahim antara kelab dengan kerjasama MPP.
Astena diwakili Wan A. Faris sebagai ketua pasukan, Abdul Rahim, Nazira, Mohd Zulfahmie dan Zuraidah.

Sebelum bermulanya permainan, kami mengalami kesulitan untuk mencari pemain ke-lima memandangkan setiap pasukan memerlukan lima orang pemain. Akhirnya, Zuraidah yang mulanya hanya datang sebagai penyokong bersetuju sertai pasukan kami.
Dalam perlawanan persahabatan ini setiap pasukan perlu bermain 3 pusingan sebelum dikira dan diadili markah dimana terdapat kategori untuk pasukan dan individual mata tertinggi.
Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah ataupun pingat, kami tetap seronok dan puas!

Saturday, March 14, 2009

Rakaman video korporat Uniten


Gamelan, tarian dan koir telah diminta oleh USK untuk pengambaran rakaman video korporat Uniten untuk menggantikan video korporat lama.

Hari penyesuaian diadakan di Bilik Gamelan pada 12 Mac dimana kesemua cabang seni Astena ada berkumpul untuk melihat keadaan sekeliling untuk proses rakaman yang dijadualkan esok.

Rakaman sebenar bermula pada 13 Mac dimana Gamelan akan memulakan rakaman pada 2.30 petang selepas solat Jumaat sementara koir dan tarian akan memulakan pengambaran pada pukul 4 petang juga di Bilik Gamelan.

Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho








13 Mac 09

Jumaat lalu Astena dan anak-anak Rumah Teater menonton teater bangsawan Laksamana Cheng Ho yang diadakan secara percuma selama 2 hari bermula 13-15 Mac 09 di Panggung Bandaraya DBKL.

Ini adalah pertama kali bagi majoriti anak-anak Rumah Teater Astena menonton teater seumpama ini. Dengan 4 buah kereta dalam rombongan kali ini, agak mengujakan untuk melihat teater bangsawan buat kali kedua setelah menonton teater Musang Berjanggut Januari lalu.

Teater Laksaman Cheng Ho dibawah arahan seniman negara Rahman B. mengisahkan kehidupan Laksamana yang terkenal ini memilih untuk setia pada Maharaja dengan mengorbankan cintanya pada Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.
Penampilan khas Musly Ramlee, Anis Saloma dan artis-artis seniman veteran lain menghiburkan penonton dengan lagu-lagu asli Melayu pada setiap selingan pertukaran set babak.

Diharapkan dengan pendedahan pengalaman menonton teater bangsawan yang berkisar kehidupan Laksamana Cheng Ho pada zaman Diansti Ming dapat memberikan satu pengalaman baru dan memberi semangat dalam meneruskan perjuangan seni teater di Uniten terutama kepada generasi baru yang akan memimpin Rumah Teater.

Friday, March 13, 2009

Majlis Penutup KSM 09



8 Mac bertempat di Dewan Seri Sarjana, Majlis Penutup Karnival Sukan Mahasiswa (KSM) telah disempurnakan secara rasmi oleh TNC HEPA, Prof. Ghazali Abod yang diadakan sepanjang minggu di kedua-dua kampus Uniten; KSHAS, Muadzam Shah Pahang dan Putrajaya.
Astena terdiri daripada penari-penari diketuai Nazera, ketua tarian dan juga koir diketuai Sarah, ketua koir telah mengadakan persembahan untuk sesi persembahan pada majlis ini.

Koir menyanyikan dua buah lagu; lagu rasmi Uniten pada awal majlis dan pada pengakhir majlis penutup dimana koir telah menyanyikan lagu Gemuruh sejurus tamat persembahan tarian moden gabungan Astena dan juga UNIC.
Tarian Astena bersama UNIC bergabung dalam persembahan tarian lagu medley rancak selepas tamat upacara menurunkan bendera sukan.

Wednesday, March 11, 2009

Majlis penutup Fiesta Teater Uniten 09


Ketua Teater Astena, Paan sedang memberi taklimat.


Presiden Astena, Wan A. Faris memberikan CD kepada Sopek.

Perbincangan sebelah student degree mengenai Sekolah Teater.
Perbincangan student foundation penubuhan board kecil Rumah Teater.




Bertempat di lobi Dewan Seri Sarjana pada 10 Mac 09 majlis penutup Fiesta Teater dengan hampir kesemua anak-anak Rumah Teater hadir untuk upacara penyampaian CD yang mengandungi video dan foto sepanjang Fiesta Teater 09 diadakan yang disempurnakan oleh Presiden Astena, Wan A. Faris kepada semua sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis.

Pada malam itu juga, Ketua Teater mengumumkan program akan datang dengan penubuhan Sekolah Teater (atau Pondok Teater) untuk merekrut bakat-bakat baru teater Astena pada semester akan datang. Program ini diletakkan di bawah tanggungjawab pelajar Degree.
Sementara itu, pelajar tahun Asas juga diberi tanggungjawab dengan penubuhan board kecil untuk program teater akan datang bertujuan untuk melatih mereka agar dapat mewarisi kepimpinan teater pada masa akan datang.

Kenangan sepanjang Fiesta Teater Uniten 09 tersemat di sanubari..