Saturday, March 14, 2009

Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho








13 Mac 09

Jumaat lalu Astena dan anak-anak Rumah Teater menonton teater bangsawan Laksamana Cheng Ho yang diadakan secara percuma selama 2 hari bermula 13-15 Mac 09 di Panggung Bandaraya DBKL.

Ini adalah pertama kali bagi majoriti anak-anak Rumah Teater Astena menonton teater seumpama ini. Dengan 4 buah kereta dalam rombongan kali ini, agak mengujakan untuk melihat teater bangsawan buat kali kedua setelah menonton teater Musang Berjanggut Januari lalu.

Teater Laksaman Cheng Ho dibawah arahan seniman negara Rahman B. mengisahkan kehidupan Laksamana yang terkenal ini memilih untuk setia pada Maharaja dengan mengorbankan cintanya pada Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.
Penampilan khas Musly Ramlee, Anis Saloma dan artis-artis seniman veteran lain menghiburkan penonton dengan lagu-lagu asli Melayu pada setiap selingan pertukaran set babak.

Diharapkan dengan pendedahan pengalaman menonton teater bangsawan yang berkisar kehidupan Laksamana Cheng Ho pada zaman Diansti Ming dapat memberikan satu pengalaman baru dan memberi semangat dalam meneruskan perjuangan seni teater di Uniten terutama kepada generasi baru yang akan memimpin Rumah Teater.

0 pendapat: