Wednesday, September 3, 2008

Presiden Astena dulu dan kini..


2007.. Ewoq bersama Gamelan dan Koir..


2008.. Kini bergelar graduan.. Presiden dulu dan kini

Ewoq atau Khairul Fadzli, mantan Presiden Astena kini sudahpun berjaya menamatkan pengajiannya pada Majlis Konvokesyen lalu.. disebelahnya Presiden sekarang, Bob Hadi yang juga akan mengakhiri khidmat beliau sebagai presiden Astena tidak lama lagi.. Pada tahun hadapan, kita akan melihat pula Presiden Bob memakai jubah kebanggaan.. patah tumbuh silih berganti.. walaupun sedih, itulah adat hidup, tiada yang kekal tetapi jasa dan memori yang terpahat dikenang selama-lama..

Astena mengucapkan tahniah kepada kerabat-kerabat Astena yang kini sudahpun 'graduate'. semoga berjaya dan ingatilah Astena sentiasa..

Sunday, August 31, 2008

Talent Nite '08 @ Uniten Kampus SHAS, Muadzam Shah

Jumaat 29 Ogos 08




Kelab ASTENA terdiri daripada Presiden Bob Hadi, Faris, Hazman dan Zulfahmie telah pergi ke UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Kami kesana atas jemputan rasmi oleh 'sister club' ASTENA, Kelab Citra Seni untuk menghadiri acara Talent Nite '08 yang dianjurkan oleh kelab mereka.Ini adalah pertama kali bagi kami berempat ke kampus UNITEN disana.

Kami pergi kesana menaiki kereta Faris dan perjalanan kesana mengambil masa hampir 4 jam menggunakan Lebuhraya KL-Karak.

Acara Talent Nite telah diadakan di Auditorium Uniten dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Kampus Muadzam Shah dan beberapa staf TNB dan Uniten sendiri.

Acara yang diadakan begitu meriah dengan penyertaan ramai yang pelajar yang ingin meluahkan bakat yang terpendam yang meliputi pelbagai kategori seperti Nyanyian, Band (Kugiran), Akustik dan Tarian. Kehadiran pelajar-pelajar lain yang menyokong rakan-rakan mereka yang terlibat begitu memberangsangkan dan menggamatkan auditorium.

Kehadiran pelajar yang menjadi audiens juga penting kerana mereka yang menentukan siapa pemenang untuk setiap kategori Talent Nite malam itu dimana undian pelajar merangkumi 50% dan markah undian 3 juri yang terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran dan juga tetamu khas dari Segamat yang juga 50%.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Kelab Citra Seni, Yuni, Ayu, Yanti, Riziana dan Ghafur yang melayan kami sepanjang kami berada disana walaupun untuk sekejap saja.

Selepas tamat acara, kami sempat bertemu dengan TNC Uniten Muadzam Shah sendiri dan selepas itu bergerak keluar dan berjalan di sekitar Bandar Muadzam Shah mengambil gambar di depan kampus dan juga sekitar bandar.

Selepas menjamu makan lewat malam disebuah restoran R&R di Lebuhraya Muadzam Shah (terima kasih kepada Ghafur yang belanja kami makan), kami berpisah menuju haluan masing-masing dimana kami pulang ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga.


Diharapkan ikatan persahabatan antara mahasiswa kampus Putrajaya dan kampus Muadzam Shah terus utuh dalam memeriahkan lagi budaya seni di Uniten walaupun dipisahkan oleh lokasi dan jarak.

Perasaan untuk tidak mahu pulang terasa tetapi memaksa kami untuk pulang jua.. tetapi jika ada kelapangan, ASTENA akan kesana lagi..





Wednesday, August 27, 2008

Mesyuarat MT Astena - Ogos 08







27/08/2008

Mesyuarat MT Astena telah diadakan di luar Bilik Gamelan (lampu bilik tidak berfungsi).
Antara yang dibincangkan ialah :
  • mengenai perkembangan terbaru persediaan Mesyuarat AGM Astena pada bulan 10 nanti,
  • acara BBQ astena
  • peralihan kuasa ahli MT selesai AGM Astena akan datang
  • laporan aktiviti dari ketua-ketua kumpulan
  • persediaan takwim aktiviti dan bajet tahun depan untuk dihantar kepada HEP.
  • dll;

Sunday, August 24, 2008

Majlis Konvokesyen ke - 11 UNITEN 2008







Kelab Astena terdiri daripada Gamelan, Band dan Koir telah mengadakan persembahan di majlis konvokesyen Uniten ke 11 bermula 23 dan 24 Ogos 2008 di Dewan Seri Sarjana (MPH).


Gamelan seperti tradisi konvokesyen sebelum ini memulakan persembahan alunan muzik pada perarakan graduan, para akademik, ahli Senat Universiti dan juga perarakan besar Cokmar universiti dan TYT Canselor Uniten, Tun Haji Abdul Rahman Abbas.


Gamelan juga mengalunkan muzik iringan pada upacara penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan dari Canselor dan Pro-Canselor.


Selain gamelan, kugiran Astena dan pianis solo koir, Lam turut mengiringi alunan muzik iringan upacara ijazah graduan.


Koir juga turut membuat persembahan dengan tiga kali sesi nyanyian lagu; lagu Uniten Terbilang pada awal pembukaan majlis, persembahan utama pada sesi rehat dimana koir menyanyikan dua buah lagu, Dirgahayu dan Stand By Me dan Negaraku pada sesi penutupan majlis konvo.





Sunday, August 10, 2008

Gamelan di TNB Bangsar




Ahad, 3 Ogos lalu bertempat di Kompleks Sukan TNB di Bangsar, kumpulan Gamelan Astena telah menerima jemputan untuk bermain muzik gamelan untuk majlis yang diadakan disitu. Seramai 6 orang pemain gamelan terlibat terdiri daripada;

- Presiden Bob Abdul Hadi
- Hazman
- Naib Presiden 2 Pokcik Uzair
- Naib Presiden 1 Wan Ahmad Faris
- Su
- Ketua Gamelan Syazwan

Puan Shazura Roslan, pegawai dari USK Uniten bertindak sebagai pegawai pengiring .

~ by Kaiser

Friday, August 8, 2008

Band Gig @ COE foodcourt
















Pada 6 Ogos 2008, kumpulan band Astena telah mengadakan persembahan santai di foodcourt COE bermula 12pm-2pm. Tujuan diadakan persembahan santai ini untuk memberikan band pendedahan dan keyakinan untuk membuat persembahan di hadapan orang awam terutama untuk Majlis makan malam Uniten Rowing Invitational pada 8 Ogos 08 di Dewan Seri Sarjana dimana mereka akan membuat persembahan nanti.

Wednesday, July 23, 2008

Booth Astena - Club & Societies Bazaar 08








Club and Societies Bazaar 2008 anjuran MPP Uniten telah diadakan di food court Upten. Kesemua kelab dibawah MPP telah bekerjasama menjayakan program ini yang bertujuan untuk memperkenalkan kelab dan persatuan masing-masing kepada mahasiswa baru semester ini dan juga kepada pelajar-pelajar lain yang berminat.

ASTENA juga tidak ketinggalan dalam program ini untuk menambahkan lagi keahlian kelab dan seterusnya meneruskan kesinambungan warisan kelab ini.

Pelbagai program persembahan telah diadakan oleh ASTENA untuk program dua hari ini yang bermula pada 15-16 Julai, 5 petang sehingga 11 malam. Antaranya persembahan muzik gamelan,tarian, koir dan juga kugiran.

Setiap pelajar yang berminat untuk menyertai ASTENA hanya perlu membayar RM5 sekali seumur hidup untuk menyertai kelab ini dan perjumpaan pertama ASTENA dan ahli-ahli baru akan diadakan pada 22 Julai, Selasa bertempat di Bilik Gamelan, Dewan Seri Sarjana sebagai tanda alu-aluan dan selamat menyertai kelab ASTENA kepada ahli-ahli baru.

Friday, July 18, 2008

Sesi latihan pertama koir Sem 08/09.

Sesi latihan koir pertama untuk Sem 1, 08/09 telah bermula pada Khamis 17 Julai 2008 pukul 9PM di Dewan Seri Sarjana (MPH). Dihadiri oleh ahli seramai 17 orang dibawah bimbingan pengajar vokal, En. Shazlan.

Konsert Koir Kebangsaan & Orkestra Kebangsaan di Istana Budaya - KL Festival




Pada 6 Julai di Istana Budaya, kumpulan Koir dan Astena telah menonton Konsert Koir Kebangsaan dan Orkestra Kebangsaan sempena KL Music Festival anjuran JKKN.

Dihadiri oleh:

Bob Hadi
Nur Hazman
Mohd Zulfahmie
Mas Ilmi
Mastura
Shimi
Sarah
A'a
Darwin Singh
Mumtazila
Benjamin
Didi Nadiya
Shazrah

Thursday, June 19, 2008

KL Festival -- Di Sini Semaraknya Seni!


bermula Julai hadapan; 1-13 Julai 08, Festival KL akan bermula di mana pelbagai aktiviti2 seni dari pelbagai cabang akan seperti seni persembahan, seni tampak, sastera dan lain-lain diadakan untuk memeriahkan lagi Kuala Lumpur sebagai ibukota yang kaya dengan seni, budaya dan warisan..

Dilancarkan pada 30 Jun 2006, Festival Kuala Lumpur telah menyatukan masyarakat Malaysia pelbagai usia dan bangsa melalui semangat perpaduan dan kesenian. Usahasama antara Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wilayah Persekutuan (DBKL) ini membolehkan budaya dan kesenian Malaysia dipaparkan kepada masyarakat antarabangsa.

Pelbagai aktiviti dan pertunjukkan yang akan diadakan diserata Kuala Lumpur seperti Istana Budaya, KLPac, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pasar Seni, Menara Bekembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan lain-lain tempat sekitar Lembah Klang dan KL.
Alami sendiri bagaimana seni dan budaya menyatukan generasi tua dan muda dalam memelihara warisan bangsa dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri kreatif tempatan.


Info lanjut, klik link di bawah
http://www.klfestival.org.my

Muat turun kalendar aktiviti di laman web KL Festival.

Monday, June 9, 2008

Teater P.Ramlee the Musical -- Istana Budaya












Pada Sabtu, 7 Jun 2008, beberapa ahli kelab ASTENA dan rakan2 telah datang menonton persembahan teater P.Ramlee the Musical di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ahli2 ASTENA yg hadir ialah;

- Presiden, Bob Hadi
- Pokcik Uzair
- Mohd Zulfahmie
- Mastura
- Mas Ilmi
- Didi Nadiya
- Sarah
- Fiena
- Mohd Khaidzir Farhan

rakan2 bukan ahli:

- Mohd Afiq Awie (rakan Zul)
- Mohd Syafi'ie Jaafar (rakan Zul dari UIA)
- Mohd Zaid Zulkapli (rakan Zul dari Uniten)
- Shimi (Mastura's partner)
-A'a (Sarah's partner)
- Siti Hawa (adik Bob, single)

Kami telah membeli tiket RM24 (diskaun harga pelajar dari harga asal RM33) menggunakan wang 'Yayasan Bob' yg sepatutnya disimpan oleh Bob utk membayar yuran :p.. sebagai wang pendahuluan.

Konvoi Bob telah sampai di IB menunggu konvoi Zul yg lambat sampai sementara yg lain-lain telah menunggu di Upper Level, Tingkat 3 Panggung Sari.. kebanyakan yang hadir adalah kali pertama menjejakkan kaki menonton teater seumpama ini.

Pementasan musim ke-dua kali ini mempunyai banyak perubahan dari segi jalan cerita walaupun masih mengekalkan jalan cerita asal musim pertama teater tahun lalu..
Persembahan teater begitu menghiburkan dan hebat terutama watak P.Ramlee yg dilakonkan oleh Musly Ramlee begitu juga dengan watak2 utama lain yang tidak menghampakan..

Selepas sahaja selesai pementasan, kami semua turun ke Grand Foyer utk sesi autograf dgn pelakon2 utama P.Ramlee.

Sebelum berangkat keluar dari Istana Budaya, kami semua (kecuali Sarah & partner dan Mastura & partner yg bergegas pulang)bergambar dihadapan poster P.Ramlee the Musical sebagai tanda kenangan abadi bersama P.Ramlee yang memberi inspirasi kepada kami sebagai Anak Seni Uniten..

Sebelum masing2 menuju haluan sendiri, kami beramai2 makan lewat malam 'late supper' di Kedai Nasi Lemak Antarabangsa di Jalan Dato'Abdul Razak di Kampung Baru. Kebetulan juga kami bertemu dengan pensyarah Uniten dan Dekan IKAL yang juga Penasihat Astena, Encik Mohd Ariff Ahmad Tarmizi atau lebih mesra dipanggil Pak Arip yang juga datang menjamu selera..

Diharap dengan pementasan teater tersebut dapat memberi inspirasi kepada ASTENA untuk mengilhamkan sesuatu yang terbaik dalam memartabatkan seni teater..