Sunday, May 25, 2008

Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 08 @ KUIS






Sabtu, 24 Mei 2008 telah berlangsungnya Minggu Pengkisahan Kenegaraan dan Fotografi Kemerdekaan peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Penerangan Malaysia negeri Selangor bertempat di Auditorium Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). 7 kumpulan dari pelbagai daerah di Selangor telah bertanding untuk merebut tempat pertama yang akan mewakili negeri di peringkat kebangsaan di Johor akan datang.

Kumpulan Astena yang mewakili daerah Hulu Langat telah memenangi tempat ke-5 berupa saguhati RM500, beg laptop dan sijil penyertaan kepada peserta. Tahniah!

Walaupun mempunyai masalah teknikal awalnya, syukur pementasan berjalan dgn lancar dan penonton terhibur dgn persembahan yang ditunjukkan dimana skrip dan visual slide telah disediakan oleh Mr Presiden sendiri, Bob diolah daripada skrip asal oleh Pa'an yg tidak dapat hadir kerana berdebat di Kedah.

Hari pertandingan juga diserikan dengan persembahan jemputan; nyanyian nasyid dari KUIS dan kumpulan Kopratasa.

Konvoi Astena yang pergi ke pertandingan terdiri daripada peserta; Presiden Bob Hadi, Pocik Uzair dan Kavita aka Laila; penjaga slide presentation iaitu saya sendiri, fahmie Kaiser; dan driver2 yg sudi menaja pengangkutan, Hafiz Neo utk CR-V dan Irwan 'Os' utk Kelisa.. terima kasih juga kpd mereka kerana menaja penginapan kami (kecuali Kavita) di Amanah walaupun tidur di ruang tamu beralas toto tebal.. begitu nyenyak tidur sehingga alarm bunyi pun hampir tak bangun.. ^^)

Walaupun Astena tidak memenangi hadiah utama, kami amat berbangga dengan pencapaian kerana skrip dan visual presentation dilakukan pada saat-saat akhir (kredit to Bob), dan latihan pada malam sebelum menjelang pertandingan.

'Kami masih hot walaupun tak menang' - petikan dari status YM Mr Presiden Bob..

P/s: Duit kemenangan saguhati juga telah dibahagikan kepada semua orang di hadapan Ilmu semasa menghantar Kavita balik.. so jgn mintak.. hehe

1 pendapat:

Rizdiahk Nahraf said...

Takpe..pasni tunggukan kemunculan Bob yang akan membawa seni orator hahahahahhaa...pastikan pas ni,Astena menang beribu pulak....aku rindukan Astena........Astena married me!!! hahahahahahaha