Sunday, September 21, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Astena 2008



Pada Ahad 14 September 08, ASTENA telah mengadakan AGM khas bagi sesi 08/09 betempat di DK1, COIT. Majlis bermula pukul 9.30pm dihadiri oleh ahli MT dan juga tetamu dari calon MPP 08, saudara Syafeeq.


pada sesi AGM kali ini, perubahan besar organisasi berlaku dimana peralihan kuasa Presiden dan ketua-ketua cabang seni mengalami rombakan. Presiden Bob Hadi telah melantik Wan Ahmad Faris sebagai Presiden ke-9 ASTENA bagi mengganti beliau yang kini berada di semester akhir pengajian.

Selain itu, terdapat penambahan biro ASTENA iaitu Biro IT dan Multimedia diperkenalkan dalam carta MT ASTENA sesi ini.

Walaubagaimanpun, pemegang jawatan Setiausaha, Bendahari, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masih belum ditentukan secara rasmi. Justeru itu, pemegang jawatan MT lepas memikul jawatan itu untuk sementara.

Senarai nama rasmi MT akan diumumkan kemudian.

Monday, September 8, 2008

Selamat mengecapi nikmat Ramadhan


Assalamualaikum para kerabat sekalian, disini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga anda semua berjaya mengecapi nikmat yang melimpah ruah dan ibadat kalian semua diberkat Allah S.W.T... Sesungguhnya Ramadhan itu amat manis. Jangan ponteng puasa ya, sesiapa yang ingin berbuka di masjid, saya ada di sana... hahahahaha :)

Salam Ramadhan!

Wednesday, September 3, 2008

SELAMAT HARIJADI PRESIDEN!



bob berfoya-foya dgn badut pada harijadinya.. :p

Kepada yang tidak tahu, hari ini 3 September ialah harijadi Encik Abdul Hadi Abdul Razak, Presiden Astena yang dihormati.. Beliau kini berusia 26 tahun.

Presiden Astena dulu dan kini..


2007.. Ewoq bersama Gamelan dan Koir..


2008.. Kini bergelar graduan.. Presiden dulu dan kini

Ewoq atau Khairul Fadzli, mantan Presiden Astena kini sudahpun berjaya menamatkan pengajiannya pada Majlis Konvokesyen lalu.. disebelahnya Presiden sekarang, Bob Hadi yang juga akan mengakhiri khidmat beliau sebagai presiden Astena tidak lama lagi.. Pada tahun hadapan, kita akan melihat pula Presiden Bob memakai jubah kebanggaan.. patah tumbuh silih berganti.. walaupun sedih, itulah adat hidup, tiada yang kekal tetapi jasa dan memori yang terpahat dikenang selama-lama..

Astena mengucapkan tahniah kepada kerabat-kerabat Astena yang kini sudahpun 'graduate'. semoga berjaya dan ingatilah Astena sentiasa..

Sunday, August 31, 2008

Talent Nite '08 @ Uniten Kampus SHAS, Muadzam Shah

Jumaat 29 Ogos 08




Kelab ASTENA terdiri daripada Presiden Bob Hadi, Faris, Hazman dan Zulfahmie telah pergi ke UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Kami kesana atas jemputan rasmi oleh 'sister club' ASTENA, Kelab Citra Seni untuk menghadiri acara Talent Nite '08 yang dianjurkan oleh kelab mereka.Ini adalah pertama kali bagi kami berempat ke kampus UNITEN disana.

Kami pergi kesana menaiki kereta Faris dan perjalanan kesana mengambil masa hampir 4 jam menggunakan Lebuhraya KL-Karak.

Acara Talent Nite telah diadakan di Auditorium Uniten dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Kampus Muadzam Shah dan beberapa staf TNB dan Uniten sendiri.

Acara yang diadakan begitu meriah dengan penyertaan ramai yang pelajar yang ingin meluahkan bakat yang terpendam yang meliputi pelbagai kategori seperti Nyanyian, Band (Kugiran), Akustik dan Tarian. Kehadiran pelajar-pelajar lain yang menyokong rakan-rakan mereka yang terlibat begitu memberangsangkan dan menggamatkan auditorium.

Kehadiran pelajar yang menjadi audiens juga penting kerana mereka yang menentukan siapa pemenang untuk setiap kategori Talent Nite malam itu dimana undian pelajar merangkumi 50% dan markah undian 3 juri yang terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran dan juga tetamu khas dari Segamat yang juga 50%.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Kelab Citra Seni, Yuni, Ayu, Yanti, Riziana dan Ghafur yang melayan kami sepanjang kami berada disana walaupun untuk sekejap saja.

Selepas tamat acara, kami sempat bertemu dengan TNC Uniten Muadzam Shah sendiri dan selepas itu bergerak keluar dan berjalan di sekitar Bandar Muadzam Shah mengambil gambar di depan kampus dan juga sekitar bandar.

Selepas menjamu makan lewat malam disebuah restoran R&R di Lebuhraya Muadzam Shah (terima kasih kepada Ghafur yang belanja kami makan), kami berpisah menuju haluan masing-masing dimana kami pulang ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga.


Diharapkan ikatan persahabatan antara mahasiswa kampus Putrajaya dan kampus Muadzam Shah terus utuh dalam memeriahkan lagi budaya seni di Uniten walaupun dipisahkan oleh lokasi dan jarak.

Perasaan untuk tidak mahu pulang terasa tetapi memaksa kami untuk pulang jua.. tetapi jika ada kelapangan, ASTENA akan kesana lagi..





Wednesday, August 27, 2008

Mesyuarat MT Astena - Ogos 08







27/08/2008

Mesyuarat MT Astena telah diadakan di luar Bilik Gamelan (lampu bilik tidak berfungsi).
Antara yang dibincangkan ialah :
  • mengenai perkembangan terbaru persediaan Mesyuarat AGM Astena pada bulan 10 nanti,
  • acara BBQ astena
  • peralihan kuasa ahli MT selesai AGM Astena akan datang
  • laporan aktiviti dari ketua-ketua kumpulan
  • persediaan takwim aktiviti dan bajet tahun depan untuk dihantar kepada HEP.
  • dll;

Sunday, August 24, 2008

Majlis Konvokesyen ke - 11 UNITEN 2008







Kelab Astena terdiri daripada Gamelan, Band dan Koir telah mengadakan persembahan di majlis konvokesyen Uniten ke 11 bermula 23 dan 24 Ogos 2008 di Dewan Seri Sarjana (MPH).


Gamelan seperti tradisi konvokesyen sebelum ini memulakan persembahan alunan muzik pada perarakan graduan, para akademik, ahli Senat Universiti dan juga perarakan besar Cokmar universiti dan TYT Canselor Uniten, Tun Haji Abdul Rahman Abbas.


Gamelan juga mengalunkan muzik iringan pada upacara penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan dari Canselor dan Pro-Canselor.


Selain gamelan, kugiran Astena dan pianis solo koir, Lam turut mengiringi alunan muzik iringan upacara ijazah graduan.


Koir juga turut membuat persembahan dengan tiga kali sesi nyanyian lagu; lagu Uniten Terbilang pada awal pembukaan majlis, persembahan utama pada sesi rehat dimana koir menyanyikan dua buah lagu, Dirgahayu dan Stand By Me dan Negaraku pada sesi penutupan majlis konvo.





Sunday, August 10, 2008

Gamelan di TNB Bangsar




Ahad, 3 Ogos lalu bertempat di Kompleks Sukan TNB di Bangsar, kumpulan Gamelan Astena telah menerima jemputan untuk bermain muzik gamelan untuk majlis yang diadakan disitu. Seramai 6 orang pemain gamelan terlibat terdiri daripada;

- Presiden Bob Abdul Hadi
- Hazman
- Naib Presiden 2 Pokcik Uzair
- Naib Presiden 1 Wan Ahmad Faris
- Su
- Ketua Gamelan Syazwan

Puan Shazura Roslan, pegawai dari USK Uniten bertindak sebagai pegawai pengiring .

~ by Kaiser

Friday, August 8, 2008

Band Gig @ COE foodcourt
















Pada 6 Ogos 2008, kumpulan band Astena telah mengadakan persembahan santai di foodcourt COE bermula 12pm-2pm. Tujuan diadakan persembahan santai ini untuk memberikan band pendedahan dan keyakinan untuk membuat persembahan di hadapan orang awam terutama untuk Majlis makan malam Uniten Rowing Invitational pada 8 Ogos 08 di Dewan Seri Sarjana dimana mereka akan membuat persembahan nanti.

Wednesday, July 23, 2008

Booth Astena - Club & Societies Bazaar 08








Club and Societies Bazaar 2008 anjuran MPP Uniten telah diadakan di food court Upten. Kesemua kelab dibawah MPP telah bekerjasama menjayakan program ini yang bertujuan untuk memperkenalkan kelab dan persatuan masing-masing kepada mahasiswa baru semester ini dan juga kepada pelajar-pelajar lain yang berminat.

ASTENA juga tidak ketinggalan dalam program ini untuk menambahkan lagi keahlian kelab dan seterusnya meneruskan kesinambungan warisan kelab ini.

Pelbagai program persembahan telah diadakan oleh ASTENA untuk program dua hari ini yang bermula pada 15-16 Julai, 5 petang sehingga 11 malam. Antaranya persembahan muzik gamelan,tarian, koir dan juga kugiran.

Setiap pelajar yang berminat untuk menyertai ASTENA hanya perlu membayar RM5 sekali seumur hidup untuk menyertai kelab ini dan perjumpaan pertama ASTENA dan ahli-ahli baru akan diadakan pada 22 Julai, Selasa bertempat di Bilik Gamelan, Dewan Seri Sarjana sebagai tanda alu-aluan dan selamat menyertai kelab ASTENA kepada ahli-ahli baru.

Friday, July 18, 2008

Sesi latihan pertama koir Sem 08/09.

Sesi latihan koir pertama untuk Sem 1, 08/09 telah bermula pada Khamis 17 Julai 2008 pukul 9PM di Dewan Seri Sarjana (MPH). Dihadiri oleh ahli seramai 17 orang dibawah bimbingan pengajar vokal, En. Shazlan.