Monday, March 9, 2009

Fiesta Teater Uniten 2009 - Jebat

- Kenangan anak2 Rumah Teater 2009.
- Selesai sudah Fiesta Teater Jebat.

- mari kita berdemonstrasi!

- Sultan Melaka. Lakonan cemerlang mantan Presiden Astena.

- babak pertama teater Jebat.
- Dayang istana menari dengan Tuah.
- Rakyat berdemonstrasi secara aman.
- Dang Wangi dan Jebat.
- babak klimaks pertarungan antara Tuah dan Jebat.

Fiesta Teater malam ke-2 disambung dengan pementasan teater Jebat

Jika pementasan semalam lebih kepada zaman moden kehidupan kota, Jebat membawa penonton kembali ke masa silam pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pementasan siri 2 ini lebih fokus kepada Jebat sebagai watak utama dalam teater ini.
Seperti yang diketahui dalam sejarah umum dan diinterpretasikan didalam teater ini, Tuah dan Jebat dijadikan hulubalang Melaka. Dek kerna kemahsyuran dan kehebatan Tuah, ramai orang iri hati dengan Tuah yang menjadi kesayangan Sultan Melaka dan beliau difitnah dihukum mati sehingga Jebat menjadi berang dan mengamuk dengan tindakan Sultan.
Tetapi Datuk Bendahara yang bijaksana tidak membunuh Hang Tuah menjadikan Sultan lega kerana Jebat dapat ditentang hanya Tuah sahaja.
Berakhir pementasan malam kedua yang juga merupakan malam terakhir Fiesta Teater Uniten 2009 merupakan penutup musim teater pada semester ini.
Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan menyokong program Fiesta Teater Uniten ini dalam memartabatkan seni teater di Uniten khususnya kepada anak2 Rumah Teater, Astena, HEP, USK dan usaha tanpa penat lelah Ketua Teater, MK Farhan dalam merealisasikan program ini dalam masa singkat khasnya.
Terima kasih juga kepada mereka yang sudi datang menonton pada kedua-dua malam pemantasan Kota Oh Kota dan Jebat.
Diharap kita dapat melakukan lagi program teater pada musim semester depan. Insya Allah.

Saturday, March 7, 2009

Fiesta Teater Uniten 2009 - Kota Oh Kota

- anak-anak Rumah Teater Astena 2009!

- babak akhir pementasan..

- pemimpin rakyat dan kontraktor


- penyair agung dan pelacur



- scene keluarga tukang sapu..


- keluarga si tukang sapu

- si tukang sapu dan pengankut najis..

- Teruna dan Dara di taman bunga..


Akhirnya, pementasan teater selama 2 hari oleh Rumah Teater Astena berjaya direalisasikan pada 2 dan 3 Mac 09.

Malam pertama Fiesta Teater pada 2 Mac dimulakan dengan pementasan teater bertajuk 'Kota Oh Kota' yang mengisahkan kehidupan sosial pelbagai manusia di kota dalam mencari takdir dan rezeki di kota yang penuh dugaan. Dari pelacur, tukang penyapu hingga ke pengangkut najis dan pemimpin rakyat masing-masing mempunyai peranan dalam kota metropolitan.

Teater sulung Fiesta Teater ini dibawah arahan Ketua Teater sendiri, Paan.

Walaupun majoriti kesemua pelakon adalah ahli baru dan tiada pengalaman dalm bidang teater, tetapi dengan berkat latihan dan persediaan, teater ini dapat dijayakan dengan cemerlang
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat; dari pelakon ke krew dalam menjayakan pementasan siri pertama Fiesta Teater Uniten 2009!

Tuesday, February 24, 2009

Kerabat Astena @ Puteri Gunung Ledang the Musical

Gambar kenangan ramai2 di IB.
Inside theater..

Feb 21 lepas, keluarga Astena telahpun pergi menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang di Panggung Sari, Istana Budaya.

Seramai 19 orang menghadiri dan menyaksikan pementasan teater hebat ini yang penuh dengan adegan dan lagu-lagu yang menarik.

Walau apapun, tahniah kepada Tiara dan krew Enfiniti dalam menghidupkan kembali legenda PGL musim ke -3 ini dengan penuh magis dan kreatif!

Sunday, February 22, 2009

Feb 20: 2 Majlis anjuran TNB. Tarian & Gamelan









Feb 20 lalu Astena telah dijemput untuk dua persembahan dimana persembahan tarian untuk majlis Pelitawanis TNB pada sebelah petang di TNB Bangsar dan Hotel Hilton pada sebelah malam. Tarian dan gamelan dipersembahkan sempena majlis 1000 Kenangan.

*Gambar-gambar oleh Exco Program Mas Ilmi Masdar.

Banner rasmi Fiesta Teater.. Astena presents..


Kini, countdown ke Fiesta Teater Uniten dibawah kendalian Ketua Teater, Farhan menunggu detik untuk dipersembahkan kepada anda!
Banner promosi ini direka oleh Bob Hadi, mantan Presiden Astena


Saturday, February 21, 2009

Fiesta Teater bermula..

Kini detik untuk Fiesta Teater hampir tiba!
Banner dan poster akan dikeluarkan tidak lama lagi dalam mempromosikan program tahunan kelab Astena ini.
Marilah datang beramai-ramai menyaksikan persembahan dari bakat kerabat teater Astena di Dewan Teater Perpustakaan Uniten 2 dan 3 Mac 2009.

Layari blog Rumah Teater untuk perkembangan lanjut

It's showtime! Kerabat ke PGLtM - 21 Feb.

kepada kerabat Astena namanya di bawah yang mengikuti persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, 21 Feb 09:

1) Wan Ahmad Faris
2)Mohd Zulfahmie
3) Abdul Hadi
4 & 5) Mas Ilmi & partner
6) Nadzirah
7) Nurhazman Hanafi
8) Uzair
9) Lisya
10) Cham
11) Ewoq
12) Alin
13) Pian
14 & 15) Mastura & Shimi
16 & 17) Farah dila & partner
18)Paan
19) Nazeera

~~ Jangan lupe berkumpul di ATM Library by 7.15PM kepada yang ingin bergerak secara konvoi atau jumpa terus di lobi Istana Budaya.
~~Kepada yang masih belum membuat pembayaran, sila bayar kepada Mas Ilmi Masdar atau Bob Hadi esok ye..

Show - 8.30PM - 11.30PM


Friday, February 20, 2009

Mesyuarat MT Feb 09

Mesyuarat bulanan MT Astena telah diadakan di Bilik Mesyuarat di Pusat Aktiviti Pelajar, DNIM pada 17 Feb 2009.

Antara yang dibincangkan ialah :
- hasil laporan dari wakil kelab ke Program 3P
- Bajet kewangan kelab untuk program-program
-perbincangan program takwim akan datang dari setiap cabang kumpulan:
> JammFest
>DanceFest
>Kolaborasi koir Astena dan UMP
>Program lawatan
> Fiesta Teater Uniten
- proposal yang tertunda
- sesi fotografi untuk MT bagi carta organisasi
- video presentation development
-dll.

Hasil agenda dari mesyuarat ini akan dibawa ke 11 Mac 09 untuk tindakan. Diharap MT dan ketua kumpulan dapat hadir.

Around Fesco '09

Februari 14 2009.wajah-wajah ceria sebelum perjalanan bermula ke UTP..

Persembahan dari Astena - Ulik Mayang.



Dua wajah puteri dari kayangan.. (bukan dari Gunung Ledang) Singgah ke Tambun sebelum pulang ke Uniten.

Friday, February 13, 2009

Fesco '09 @ UTP


Kumpulan tarian Astena telah diundang untuk persembahan tarian tradisional di Festival of the Colours of the World yang akan diadakan esok (14 Feb 09) di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Festival ini turut menjemput wakil IPTA dan IPTS seluruh negara dan juga IPT dari luar negara untuk memeriahkan festival budaya yang juga dikenali sebagai Fesco '09.
Tiket RM5 dikenakan.
Break the leg, Astena dancers!

Monday, February 9, 2009

Program: Lawatan Koir Astena ke UMP



Pada 7 Feb 2009, koir Astena terdiri daripada Ketua Koir, Sarah Fadilah, Mas Ilmi Masdar dan Mohd Zulfahmie beserta Mantan Presiden, Bob Hadi, Hafiz dan Yana memulakan konvoi sehari ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan.


Program sehari kesana adalah untuk membincangkan program koir gabungan antara koir Uniten dan UMP yang dianjurkan oleh kelab kesenian dan kebudayaan UMP untuk Malam Amal dimana untuk mengisi tabung bantuan Palestin.

Cerita lanjut di blog koir Astena.