Saturday, February 21, 2009

It's showtime! Kerabat ke PGLtM - 21 Feb.

kepada kerabat Astena namanya di bawah yang mengikuti persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, 21 Feb 09:

1) Wan Ahmad Faris
2)Mohd Zulfahmie
3) Abdul Hadi
4 & 5) Mas Ilmi & partner
6) Nadzirah
7) Nurhazman Hanafi
8) Uzair
9) Lisya
10) Cham
11) Ewoq
12) Alin
13) Pian
14 & 15) Mastura & Shimi
16 & 17) Farah dila & partner
18)Paan
19) Nazeera

~~ Jangan lupe berkumpul di ATM Library by 7.15PM kepada yang ingin bergerak secara konvoi atau jumpa terus di lobi Istana Budaya.
~~Kepada yang masih belum membuat pembayaran, sila bayar kepada Mas Ilmi Masdar atau Bob Hadi esok ye..

Show - 8.30PM - 11.30PM


Friday, February 20, 2009

Mesyuarat MT Feb 09

Mesyuarat bulanan MT Astena telah diadakan di Bilik Mesyuarat di Pusat Aktiviti Pelajar, DNIM pada 17 Feb 2009.

Antara yang dibincangkan ialah :
- hasil laporan dari wakil kelab ke Program 3P
- Bajet kewangan kelab untuk program-program
-perbincangan program takwim akan datang dari setiap cabang kumpulan:
> JammFest
>DanceFest
>Kolaborasi koir Astena dan UMP
>Program lawatan
> Fiesta Teater Uniten
- proposal yang tertunda
- sesi fotografi untuk MT bagi carta organisasi
- video presentation development
-dll.

Hasil agenda dari mesyuarat ini akan dibawa ke 11 Mac 09 untuk tindakan. Diharap MT dan ketua kumpulan dapat hadir.

Around Fesco '09

Februari 14 2009.wajah-wajah ceria sebelum perjalanan bermula ke UTP..

Persembahan dari Astena - Ulik Mayang.



Dua wajah puteri dari kayangan.. (bukan dari Gunung Ledang) Singgah ke Tambun sebelum pulang ke Uniten.

Friday, February 13, 2009

Fesco '09 @ UTP


Kumpulan tarian Astena telah diundang untuk persembahan tarian tradisional di Festival of the Colours of the World yang akan diadakan esok (14 Feb 09) di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Festival ini turut menjemput wakil IPTA dan IPTS seluruh negara dan juga IPT dari luar negara untuk memeriahkan festival budaya yang juga dikenali sebagai Fesco '09.
Tiket RM5 dikenakan.
Break the leg, Astena dancers!

Monday, February 9, 2009

Program: Lawatan Koir Astena ke UMP



Pada 7 Feb 2009, koir Astena terdiri daripada Ketua Koir, Sarah Fadilah, Mas Ilmi Masdar dan Mohd Zulfahmie beserta Mantan Presiden, Bob Hadi, Hafiz dan Yana memulakan konvoi sehari ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan.


Program sehari kesana adalah untuk membincangkan program koir gabungan antara koir Uniten dan UMP yang dianjurkan oleh kelab kesenian dan kebudayaan UMP untuk Malam Amal dimana untuk mengisi tabung bantuan Palestin.

Cerita lanjut di blog koir Astena.

Tuesday, January 27, 2009

~Selamat bercuti~

Kepada semua para kerabat Astena,

Selamat bercuti! Selepas berpenat lelah didalam peperiksaan mid-term yang agak menjerihkan.. inilah masa untuk relaks dan santai sebelum memulakan kembali sesi kuliah.

Program Astena selepas cuti:

1) Jemputan Gamelan untuk sambutan Tahun Baru Cina oleh PKC.
2) Jemputan persembahan menari World Cultural Festival di Universiti Teknologi Petronas (UTP) - 13 Feb
3) Festival Teater Uniten

**Program lain akan diumumkan kemudian.

Saturday, January 17, 2009

PGL The Musical




Puteri Gunung Ledang: The Musical kembali untuk musim ke-3!
Kaum kerabat Astena telah memilih tarikh 21 Feb 2009 untuk menonton teater muzikal ini yang akan diadakan di Istana Budaya dari 6 Feb - 21 Feb 2009. Anda bolehlah membeli tiket di kaunter box - office di Istana Budaya atau secara online di axcess.com.my
Pilihan jenis seat sudah tentu yang paling murah.. sertai kerabat Astena di Upper Circle seat yang berharga RM33 (RM24 untuk harga diskaun pelajar - perlukan ID - hanya di kaunter tiket sahaja ya..).
Jumpa disana!

Sertai Team Koir!


Oh Palestina!


Kubah Jumaat siang tadi, yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Ustaz Salehudin memang benar-benar menyentuh emosi saya. Jadi, saya lukiskan poster di atas sebagai luahan emosi dan sokongan.

Friday, January 16, 2009

Makyung Raja Besar Senyanya




11 Januari 2009







Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, seramai 6 kerabat Astena terdiri daripada mantan Presiden Bob Hadi, Syazwan, Hazman, Nazeera, Saleha dan Zulfahmie menonton persembahan teater Makyung: Raja Besar Senyanya yang dipertontonkan selama 2 hari pada 10 dan 11 Januari.

Raja Besar Senyanya membawa kisah anak Raja Gondang yang terkenal dalam genre makyung dan seringkali dipersembahkan kepada golongan diraja serta aristokrat.
Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa fizikal siput gondang.
Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.

Julung kalinya ditonton oleh kaum kerabat Astena yang pertama kali menonton Makyung, persembahan hampir 2 jam setengah ini penuh dengan unsur tradisi yang halus seni tariannya dan juga unsur mistik. Adegan humor oleh wak-wak Raja menggamatkan suasana dan amat menarik untuk ditonton (wajar untuk 18 tahun keatas - mengandungi unsur humor sensitif.. ;p).

Rumah Teater T-Shirt Re-Designed



Rumah Teater Astena Shirt Design. Nantikan kewujudannya!

Kepada yang berminat, anda boleh lah menghubungi Ketua Teater Astena, Paan di blog Rumah Teater atau letakkan nama dan emel anda di sini..