Saturday, January 17, 2009

Oh Palestina!


Kubah Jumaat siang tadi, yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Ustaz Salehudin memang benar-benar menyentuh emosi saya. Jadi, saya lukiskan poster di atas sebagai luahan emosi dan sokongan.

Friday, January 16, 2009

Makyung Raja Besar Senyanya




11 Januari 2009







Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, seramai 6 kerabat Astena terdiri daripada mantan Presiden Bob Hadi, Syazwan, Hazman, Nazeera, Saleha dan Zulfahmie menonton persembahan teater Makyung: Raja Besar Senyanya yang dipertontonkan selama 2 hari pada 10 dan 11 Januari.

Raja Besar Senyanya membawa kisah anak Raja Gondang yang terkenal dalam genre makyung dan seringkali dipersembahkan kepada golongan diraja serta aristokrat.
Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa fizikal siput gondang.
Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.

Julung kalinya ditonton oleh kaum kerabat Astena yang pertama kali menonton Makyung, persembahan hampir 2 jam setengah ini penuh dengan unsur tradisi yang halus seni tariannya dan juga unsur mistik. Adegan humor oleh wak-wak Raja menggamatkan suasana dan amat menarik untuk ditonton (wajar untuk 18 tahun keatas - mengandungi unsur humor sensitif.. ;p).

Rumah Teater T-Shirt Re-Designed



Rumah Teater Astena Shirt Design. Nantikan kewujudannya!

Kepada yang berminat, anda boleh lah menghubungi Ketua Teater Astena, Paan di blog Rumah Teater atau letakkan nama dan emel anda di sini..

Monday, December 29, 2008

Malam Pertama Astena sesi Sem 2 08/09.



Perlaksanaan majlis alu-aluan ahli baru Astena atau dipanggil Malam Pertama Astena pada 23 Disember lalu berjalan dengan lancar walaupun agak lari dari perancangan awal yang dibuat sebelum ini.

Farhan, Ketua Teater merancang pelaksanaan persembahan untuk malam itu yang dibuat untuk kali kedua pada tahun ini.

Berbeza dengan persembahan malam Pertama sebelum ini yang menggunakan layar putih bak wayang kulit untuk membuat persembahan, kali ini ahli-ahli baru akan duduk mengelilingi bilik sementara senior Astena duduk disekeliling mereka dan ditengah-tengah bilik gamelan penari-penari memulakan tarian Asmaradana selepas gong dan gamelan dimainkan.

Tamat tarian, gong dipalu menandakan band dan koir bergabung dalam La Bamba.

Akhir sekali Farhan keluar mewakili teater menyahut semua ahli bangun mengelilingi Faris mencari dimana cahaya yang hilang dan diakhiri dengan laungan Astena! dan berakhirnya sebuah short performance untuk aluan kepada generasi baru Astena.

Faris kemudian bangun menyampaikan ucaptama beliau dan memperkenalkan kelab kepada ahli baru dan diikuti pengenalan kepada MT Ketua-ketua cabang seni Astena.

Selamat datang wahai anak-anak seni!

Saturday, December 20, 2008

Mini Bazar 2008






Pada 16-17 Disember 2008 di Food Court 2 (Upten), MPP Uniten dibawah kendalian Exco Kelab dan Persatuan, Aliff Irshad telah mengadakan program Mini Bazar selama 2 hari dimana kelab-kelab dan persatuan-persatuan di Uniten menyertai program ini untuk memperkenalkan kelab masing-masing dan menarik ahli-ahli baru.

Astena juga turut tidak ketinggalan dalam program yang diadakan setiap awal semester dalam mempromosikan kelab dan mencari bakat-bakat baru tidak kira dalam apa jua bidang seni didalam Astena.

Mesyuarat kilat untuk program ini diadakan sehari sebelum program bermula untuk membincangkan tugas-tugas yang perlu seperti persediaan booth, dekorasi, flyer dan juga persembahan untuk malam mini bazar itu.

Konsep dekorasi dibawah seliaan Timbalan Presiden Syazwan dan juga Ketua Tarian Nazer dibantu oleh beberapa kerabat Astena pada petang hari mini bazar bermula.

Selama 2 hari mini bazar diadakan, tarian dan koir telah membuat persembahan di pentas dan gamelan juga turut memainkan peranan pada malam perasmian untuk iringan VIP; Dekan COE, Presiden MPP Syafeeq dan Aliff Irsyad sebagai ketua program.

Pada majlis malam penutup Astena meneruskan kesinambungan tradisi memenangi dekorasi booth terbaik hampir setiap semester berturut-turut. Tahniah diucapkan.

Mantan Presiden Bob Hadi, Pokcik dan Ex-veep Mastura juga turut hadir pada malam mini bazar sebagai tanda sokongan.

hampir 45 kerabat baru mendaftar sebagai ahli. Selamat datang kepada mereka yang baru menyertai keluarga Astena.

Saturday, December 13, 2008

Rumah Teater Astena

akhirnya seperti yang telah diuar-uarkan oleh Ketua Teater MK Farhan @ Paan sebelum ini, kini blog cabang teater Astena telah wujud secara rasmi sebagai komplimen sub-blog Astena yang baru.
blog ini dibawah kendalian ketua teater sendiri sebagai platform informasi untuk aktiviti berkait dengan seni teater.

lawat di http://rumahteater.blogspot.com

Wednesday, December 10, 2008

Special Tribute: Permata Seni.. Mastura @ Mastot..









Mastura Abd Rahim atau lebih mesra dikenali sebagai Mas atau Mastot dikalangan rakan-rakan telah meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden, ahli Astena dan juga mahasiswa Uniten melalui kata-kata yang diucapkan oleh beliau pada malam mesyuarat kelmarin.

Walaupun agak sukar dipercayai melalui berita tergempar yang beliau beritahu melalui mesyuarat semalam, Mastot yang sudah pun memulakan sesi kuliah di tempat baru telah bertukar pengkhususan dari bidang kejuruteraan di Uniten ke bidang corporate communication di kampus jiran sebelah Uniten, KLIUC @ Ikram.

susah melepaskan permata yang berkilau yang sukar dicari ganti. Walau berat menerima dengan berita yang mengejutkan itu, diharap Mastura@ Mastot akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan tidak lupa kepada Astena dan ahli-ahli kerabat yang sentiasa menyanjungi seorang sahabat, pianist dan pelakon teater Uniten....

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Tuesday, December 9, 2008

Mesyuarat pertama sem 2 08/09

Mesyuarat pertama Semester 2.

Mesyuarat pada Selasa, 9 Disember 08 telah diadakan di Bilik Gamelan, Dewan Seri Sarjana pada 10.30 malam.
Ini adalah mesyuarat pertama dibawah kendalian Presiden baru, Wan Ahmad Faris.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan pada malam itu ialah:

1) Penetapan hari latihan mingguan setiap cabang seni untuk semester ini;

Gamelan : Isnin (Bilik Gamelan)
Tarian : Rabu & Jumaat (3 petang).
Koir : Selasa & Khamis (di piano dewan)
Band : Rabu (Bilik Muzik)
Teater : Selasa (Bilik Gamelan)

2) Bazar Kelab & Persatuan 08 untuk menarik ahli baru pada 16 Disember 08 dimana AJK dilantik untuk tugasan pada hari tersebut.

Dekorasi : Wan, Lisya, Najilaa dan Nad.
Jaga Booth: Apis, Meem, Os
Flyer/ Borang: Paan.

Juga dibincangkan pada hari tersebut ialah slot persembahan oleh tarian, koir dan gamelan.

3) Berita tergempar oleh timbalan presiden 1, Mastura... (di post baru kemudian)

Thursday, November 20, 2008




*SELANGOR
Tarikh: 29 November 2008 (Sabtu)
Lokasi Persembahan: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Masa: 8.45 malam
Persembahan: Koir Kebangsaan

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 22 November 2008 (Sabtu)
Lokasi Persembahan: Taman Budaya Negeri Sembilan
Masa: 8.45 malam
Persembahan: Koir Remaja Kebangsaan

Gamelan @ Sunway

Pada Khamis 27 November 08 di Sunway Pyramid, kumpulan Gamelan akan mengadakan persembahan di sana pada minggu hadapan.

Butir-butir lanjut akan diberikan kemudian.

Monday, November 17, 2008

Post exam: Jalan2 ke Zoo Negara



Sudah lama blog ini tidak diupdate sejak minggu final exam yang menjerihkan..


anyway, tiada aktiviti seni berlaku melainkan jemputan kepada kumpulan gamelan dengan gamelan UPM untuk majlis konvokesyen UNISEL (dibatalkan) dan juga jemputan bermain gamelan oleh pihak Uniten untuk majlis TNB yang masih belum dimuktamadkan.

Bekas Naib Presiden 1, Uzair@ Pokcik telah mengajak rakan-rakan Astena ke Zoo Negara, tempat yang terakhir kita akan fikir untuk kesana.

Ada baiknya memandangkan sebilangan ahli ada yang sudah lama tidak ke zoo dari zaman kanak-kanak atau tidak pernah langsung pergi ke zoo walaupun menetap di KL dan Selangor..haha.

memandangkan lawatan tak rasmi ini dilakukan pada hari Jumaat (selepas solat Jumaat), tidak ramai orang melawat zoo pada hari tersebut.

Apa yang pasti, keadaan zoo masih kekal sama seperti dahulu jika ada yang ingat meskipun dihimpit dengan pembangunan dengan kawasan perumahan yang hanya dipisahkan oleh tembok batu.

Pelbagai haiwan dari pelbagai spesies menarik perhatian antaranya monyet, cimpanzi, gajah, zirafah dan lain-lain. Tidak terkecuali persembahan dari dua anjing laut yang menghiburkan disamping memberi penyedaran tentang menjaga alam sekitar kepada generasi muda.

Kami mengakhiri lawatan ke zoo dengan seribu kenangan disamping mengembalikan nostalgia ketika perasaan gembira melawat zoo sewaktu kecil dahulu..

Sebelum pulang, kami makan malam di restoran sup GearBox di Bangi.

Delegasi ahli ke zoo:

Bob Hadi
Pokcik
Faris
Farah
Hazman
Najilaa
Lisya
Zul
Amzar

p/s: gambar akan diupload later.. internet prob..