Sunday, August 31, 2008

Talent Nite '08 @ Uniten Kampus SHAS, Muadzam Shah

Jumaat 29 Ogos 08




Kelab ASTENA terdiri daripada Presiden Bob Hadi, Faris, Hazman dan Zulfahmie telah pergi ke UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Kami kesana atas jemputan rasmi oleh 'sister club' ASTENA, Kelab Citra Seni untuk menghadiri acara Talent Nite '08 yang dianjurkan oleh kelab mereka.Ini adalah pertama kali bagi kami berempat ke kampus UNITEN disana.

Kami pergi kesana menaiki kereta Faris dan perjalanan kesana mengambil masa hampir 4 jam menggunakan Lebuhraya KL-Karak.

Acara Talent Nite telah diadakan di Auditorium Uniten dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Kampus Muadzam Shah dan beberapa staf TNB dan Uniten sendiri.

Acara yang diadakan begitu meriah dengan penyertaan ramai yang pelajar yang ingin meluahkan bakat yang terpendam yang meliputi pelbagai kategori seperti Nyanyian, Band (Kugiran), Akustik dan Tarian. Kehadiran pelajar-pelajar lain yang menyokong rakan-rakan mereka yang terlibat begitu memberangsangkan dan menggamatkan auditorium.

Kehadiran pelajar yang menjadi audiens juga penting kerana mereka yang menentukan siapa pemenang untuk setiap kategori Talent Nite malam itu dimana undian pelajar merangkumi 50% dan markah undian 3 juri yang terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran dan juga tetamu khas dari Segamat yang juga 50%.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Kelab Citra Seni, Yuni, Ayu, Yanti, Riziana dan Ghafur yang melayan kami sepanjang kami berada disana walaupun untuk sekejap saja.

Selepas tamat acara, kami sempat bertemu dengan TNC Uniten Muadzam Shah sendiri dan selepas itu bergerak keluar dan berjalan di sekitar Bandar Muadzam Shah mengambil gambar di depan kampus dan juga sekitar bandar.

Selepas menjamu makan lewat malam disebuah restoran R&R di Lebuhraya Muadzam Shah (terima kasih kepada Ghafur yang belanja kami makan), kami berpisah menuju haluan masing-masing dimana kami pulang ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga.


Diharapkan ikatan persahabatan antara mahasiswa kampus Putrajaya dan kampus Muadzam Shah terus utuh dalam memeriahkan lagi budaya seni di Uniten walaupun dipisahkan oleh lokasi dan jarak.

Perasaan untuk tidak mahu pulang terasa tetapi memaksa kami untuk pulang jua.. tetapi jika ada kelapangan, ASTENA akan kesana lagi..





0 pendapat: