Wednesday, July 8, 2009

Program menonton Teater 'Pegawai Khalwat'

MK Farhan @ Paan @ Pak An selaku Ketua Teater Astena mengharumkan nama kelab apabila dipilih memegang watak Pegawai Khalwat pada 14 Julai 09 di Auditorium Taman Budaya KL di Jalan Tun H.S Lee.

Teater ini juga disertai Puan Shazura Roslan atau nama mesra Kak Sha dan juga suaminya, Abang Elrinor.
Teater pada malam itu mewakili Kelab Kilat TNB sempena Festival Teater KL. Teater-teater yang terpilih akan mewakili KL pada Festival Teater Malaysia 09.

Justeru itu dalam memberi sokongan, Astena akan mengadakan rombongan untuk menonton teater pada Selasa depan. bas Uniten disediakan. Cuma bawak dompet dan badan je.
Hubungi ketua-ketua seni Astena kerana tempat duduk bas terhad kepada first serve-first basis.
Sila berikan nama, id selewatnya Jumaat ini.

Sesi anak Rumah Teater Astena malam ini 8 Julai

'Sesi Khalwat Ramai2 Anak Teater'
Bertempat di Upten depan sinki
Pakai baju Anak Teater

Jam 8mlm. 8 Julai.Nombor ong beb
Sape lambat kena sula
.
Sape tak pakai baju rasmi kita, wajib bogel.
Amaran oleh Pak An (Ketua Teater)

~ dari blog Rumah Teater.

Aluan Semester baru!

Selamat kembali ke semester pengajian baru kepada kerabat-kerabat sekalian!

Pada minggu pertama Semester 1 09/10 aktiviti kelab terus digerakkan walaupun siswa-siswi sekalian masih sibuk dengan pelbagai hal mengenai kelas, yuran dan sebagainya.

Minggu ini kelab Astena mempunyai dua aktiviti di luar kampus;

1) Majlis Konvokesyen Ilsas 09 di Dewan Seri Sarjana, Khamis, 8 Julai. (Gamelan)
2) Festival Gamelan UKM pada Sabtu, 11 Julai (Gamelan + Koir)

Pada malam hari pertama semester, latihan julung kali kolaborasi antara gamelan dan koir diadakan di Bilik Latihan Muzik Taman Budaya Kuala Lumpur dbawah bimbingan Encik Sani yang juga merupakan tenaga pengajar Gamelan Astena.