Thursday, December 24, 2009

Sekitar pementasan 'Ada Apa Dalam Surat Khabar'






Maaf kepada pembaca blog, sudah lama blog ni tidak diupdate.. harap bersabar.
Disini saya memulakan photoblog pementasan teater pada semester lepas 'Ada Apa Dalam Surat Khabar' yang tidak sempat diletakkan.. "). tunggu untuk update akan datang!


Tuesday, October 6, 2009

Pementasan Amal Teater KDKB 113


Dijemput semua warga siswa Uniten dan kerabat Astena untuk menonton persembahan teater sambil melakukan amal jariah pada bulan Syawal ini
kepada yang tak sempat derma bulan Ramadan lalu, boleh la mulakan derma seikhlas anda disini :)

Pementasan Amal KDKB 113 dengan kerjasana Rumah Teater Astena - karya MK Farhan akan diadakan di Auditorium Perpustakaan Rabu 7 Okt 09 bermula 8.15PM.

Dermalah seikhlas hati anda kepada mereka yang memerlukan.

Monday, September 14, 2009

Video - Konsert Gamelan Malaysia UKM 09


Video yang ditunggu-tunggu. Kumpulan gamelan dan koir Astena Uniten di Konsert Gamelan Malaysia UKM 09, 11 Julai di Pangung Dectar, UKM Bangi. Hibur-hiburkan!

Video 1 - Gambuh Menyanyi feat. koir Astena


Video 2 - Inas

Mesyuarat Agung Tahunan Astena 09

18 0g0s 2oo9


Mesyuarat Agung Tahunan Astena (AGM) selamat diadakan di Dewan Kuliah 1, COiT dimana pucuk pimpinan tertinggi kelab mengalami perubahan disamping pembentangan kewangan berakhir sesi lepas dan juga pembentangan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada sesi tahun lepas oleh ketua-ketua cabang bagi setiap kumpulan seni dalam Astena.

Selain itu, buat pertama kalinya jawatankuasa pilihanraya Astena ditubuhkan untuk pengundian presiden baru dimana Nurul Asyikin selaku ketua pilihanraya dibantu oleh Ummi Hany, Syuhada Asyirin dan Samihah Omar sebagai sekretariat dalam pengundian dimana ahli Majlis Tertinggi layak mengundi.

Calon- calon yang dicadangkan:
* Muhammad Syazwan Misnan
* Hazman Hanafi
* Suriana Hanum Lokman

Majoriti pengundian sebulat sesuara memilih Muhammad Syazwan sebagai presiden baru bagi sesi 09/10 menggantikan Presiden Wan Ahmad Faris.

Pembubaran ahli MT dikekalkan untuk jangkamasa pendek kerana ahli MT sesi baru masih lagi belum ditentukan.

beberapa fasal perlembagaan Astena akan dipinda setelah majorit sebulat suara setuju untuk menggantikan beberapa fasal lama dna juga beberapa tambahan untuk menambahbaik perlembagaan kelab Astena yang kini menjangkau 10 tahun.

Ahli Anak Rumah Teater bertanggungjawab dalam pengendalian majlis dan juga dalam makanan. Tahniah diucapkan kepada Sopek, Faiz, Yasmin dan lain-lain atas kesempurnaan majlis yang berlangsung.

Tetamu jemputan pada malam itu ialah Puan Shazura Roslan atau nama mesra Kak Sha, selaku pegawai kebudayaan. Pak Arip selaku penasihat kelab dan juga Abang Elrinor dan anak-anak dia yang comel, Saufi dan Umar Audadi.

Penglibatan ahli pada malam itu mencapai jangkaan yang diharapkan iaitu seramai 50 orang. terima kasih kepada ahli yang sudi meluangkan masa pada AGM kali ini.
Video selingan mengenai aktiviti selama 2 tahun Astena juga ditayangkan sebagai kenangan.

Tahniah kepada Presiden Astena ke -9, Muhammad Syazwan bin Misnan!






perubahan pucuk pimpinan presiden.

Majlis Konvokesyen UNiTen ke -12


MAJLIS KONVOKESYEN UNITEN KE-12
15-16 Ogos 2009
Dewan Seri Sarjana

Maaf kepada kaum kerabat sekalian dek lambat mengemaskini blog ini. ^^



Majlis Konvokesyen Uniten kembali untuk sesi 2009 pada cuti pertengahan semester.
Majlis konvokesyen diteruskan mengikut jadual walaupun ada ura-ura untuk penangguhan akibat kebimbangan mengenai wabak selsema H1N1 dimana 3 pelajar Uniten yang dikuarantin di Kelompok hostel Murni disahkan menghidap demam h1N1 dimana Uniten membuat keputusan untuk menutup kampus dan memberi cuti awal 2 hari dan bersambung dengan cuti pertengahan semester.

Dengan bulan Ramadan yang berkunjung tiba tidak lama lagi, majlis konvokesyen perlu diteruskan.

Walaupun penularan wabak H1N1 serius, team Astena komited untuk memeriahkan majlis konvo. Syabas!

Gamelan Astena seperti kelaziman akan memainkan lagu gamelan pada perarakan majlis dan juga penyampaian ijazah dan diploma.

Koir juga menampilkan perubahan dengan berpakaian tradisional Melayu, India dan Cina.
lagu yang didendangkan lagu Dirgahayu dan dua lagu baru; Bila Larut Malam dan Gambuh Menyanyi, penampilan pertama kerjasama koir dan gamelan pada konsert Gamelan dikenang kembali pada majlis konvokesyen dimana senior koir menyanyikan lagu ini.
Oada hari kedua pula tambahan lagu Michael Jackson, 'Heal the World' didendangkan atas permintaan VC walaupun lagu ini koir tidak bersedia.
Walau apapun team Astena komited dan bersungguh dalam persembahan untuk majlis konvo ini dan acara terakhir bagi beberapa senior yang akan tamat pembelajaran pada tahun ini.

~Sewaktu rehearsal week - few days before the real convo~

all new koir team! in 3rd edition.. haha

dua otai lagenda Astena.. kini bergelar graduan..


fitting baju.. hero pahlawan negara..

Otai2 tertinggi Astena bersemayam

Koir in pix!

~ D- Day: The Convo - 2 days~

Part of Gamelan team for konvo.



surrounding.. pix taken from someone.. *kredit later to him*




the real performance! nice pix




Bob al hadi- legenda Astena dan Nan dah grad!




last shot for the day.



the girls





the boys.


Astena ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa kerabat senior Astena yang telahpun tamat pengajian di Uniten:

Abdul Hadi @ Bob - Ex Presiden Astena
Soraya Sri Cahaya @ Aso - Ex Timbalan Presiden Astena
Uzair Ahmad @ Pocik
Siti Nurani Nasyari @ NaN
Farah Dylla @ Farah Cinonet
Muhd Fakharulnizam Aminuddin @ Fakrol

*maaf kerana tiada resource foto team gamelan sewaktu konvo aritu. sesiapa ada tolong bagi k ^^*




Festival Seni Uniten 09

27, 28 & 29 Julai 2009

Unit Sukan & Kebudayaan bersama HEP telah bekerjasama dengan MPP, kelab dan persatuan kebudayaan dan sokongan agensi luar telah mengadakan Festival Seni Uniten 09.

FSU 09 pada kali ini diadakan di perkarangan Dataran Perpustakaan Uniten dimana selain objektif untuk memperkukuhkan kesenian dan warisan tempatan dan antarabangsa dikalangan mahasiswa, ia juga bertujuan untuk menjadikan Pusat Aktiviti Pelajar di Dataran Perpustakaan yang berpindah dari bangunan COE lebih aktif dan mesra pelajar.

Pelbagai aktiviti seperti pameran seni dan budaya gabungan dari kampus Putrajaya dan Muadzam Shah dimana kedua-dua kelab seperti Astena dan Kelab Citra Seni bergabung dalam mempromosikan seni Melayu.
Selain itu jualan dari pihak luar seperti Nokia, pihak pelancongan Fiji dan lain-lain turut memeriahkan festival kali ini.

Selain menjaga booth, beberapa ahli Astena juga turut diberi tugasan oleh USK untuk menjadi koordinator program Santai Seni selama 2 hari dibawah seliaan Carie dan Sup pada hari pertama untuk program band dan dibawah seliaan Paan Tahot dan Zul bersama tiga krew anak ayam Rumah Teater sebagai pembantu.. ^^p


Gambar kenangan Astena dan Citra Seni.. :p

together we unite!
kerabat otai Astena
selaku Koordinator Program Santai Seni hari kedua
Booth Astena dan Citra Seni.



Hazman dan Ammzar jamming.

Feroz, Nadbolala dan Farah sibuk melayan tetamu..


Thursday, August 20, 2009

Bazaar Club & Societies Sem 1 09/10


21 & 22 Julai 2009









Bazar kelab & Persatuan anjuran MPP Uniten kembali lagi!
Bazaar yang bertujuan untuk menarik ahli-ahli baru terdiri daripada pelajar kemasukan baru Semester 1 anjuran MPP diadakan di Foodcourt Upten.

Berlangsung selama 2 hari dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Kumpulan Tarian Astena turut melakukan persembahan tarian tradisional moden dalam menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli baru dalam Astena.

Selamat datang ahli-ahli baru!




Teater Pegawai Khalwat

14 Julai 2009.

Astena telah mengadakan rombongan menonton Teater berjudul 'Pegawai Khalwat' yang diadakan di Auditorium Taman Budaya KL, Jln Tun HS Lee sempena Festival Teater KL 09.

Istimewanya teater ini ialah teater pada malam itu dari Kelab Kilat TNB dan dibintangi Kak Sha, Abang El dan Paan, Ketua Teater Astena.

Hampir 30 orang ahli Astena terdiri daripada anak Rumah Teater, Koir dan Gamelan hadir menonton menaiki bas.

Tahniah kepada pelakon-pelakon teater Pegawai Khalwat!


Gambar ramai-ramai.
barisan pelakon dan krew Kelab Kilat TNB




Sketsa bas...

Wednesday, August 19, 2009

Konsert Gamelan Malaysia UKM 09

kenangan manis..
Uniten turn!
Koir
the ultimate.


sewaktu rehearsal


11 Julai 2009

Maaf kepada pembaca blog. Kerana atas-atas kesibukan, barulah blog ini dapat dikemaskini dengan aktiviti pertama Kumpulan Kesenian Astena pada Semester 1, 09/10 ini.

Buat julung kali kumpulan seni Gamelan dan Koir berkolaborasi sebagai wakil peserta Uniten dalam Konsert Gamelan Malaysia anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di DECTAR. Acara terbesar kumpulan Astena setakat ini.

Latihan 'rehearsal' telah dilakukan seawal hari pertama semester ini kerana konsert ini diadakan tidak kurang seminggu lagi.

Perjumpaan pertama dilakukan di Bilik Gamelan Taman Budaya KL dibawah bimbingan Encik Sani, jurulatih Gamelan Astena.

Koir akan menyanyikan lagu 'Gambuh Menyanyi' bersama gamelan diikuti lagu 'Inas' oleh gamelan sendiri.

hari Sabtu seawal 8 pagi kumpulan Astena bersedia dan bas Uniten mengiringi perjalanan ke UKM sementara beberapa peserta membawa kenderaan sendiri mengikuti belakang bas.

Kami berada disana satu hari suntuk untuk persediaan dan rehearsal bersama wakil-wakil IPT lain terdiri daripada, UTP, UPSI, dan lain-lain.

Persembahan bermula jam 8.30PM dimulakan dengan pengenalan kepada wakil peserta yang terlibat. Persembahan pertama dimulakan oleh wakil UTP dan diikuti oleh Uniten.

Kak Sha, MK Farhan dan Najilaa turut hadir dalam menyokong kami.