Prolog:
Jam 10.00am, pagi Ahad yang bening, presiden Astena, Abdul Hadi dikejutkan tidurnya oleh Farhan kerana menyuruh Abdul Hadi untuk membuka pintu. Lalu, setelah Farhan masuk, naib presiden II, Uzair pun turut terjaga dan rancak berbual, topik utama berkisar mengenai kekalahan Astena dalam pertandingan pengkisahan peringkat negeri Selangor. Tanpa mandi, mereka terus berbual dan bermain permainan “Guitar Hero III” di PS2 Hafiz. Orang yang pertama mandi dan menggosok gigi adalah Abdul Hadi.
Cerita sebenar hanya bermula setelah Abdul Hadi menerima satu panggilan dari naib presiden I, Wan Ahmad Faris.
Faris : “Weh, korang kat mana?”
Hadi : “Kat amanah lah.. apsal?”
Faris : “Korang tak nak pergi ke? Dah pukul berapa ni?”
Hadi : “Pergi.. Ewok kata
Faris : “Angguk ko! Dah pukul 11.20 dah ni! Aku dah canguk tunggu sini!”
Hadi : “Oh, ye ke? (sambil melihat jam di telefon satu lagi) Apis la ni, tak mandi lagi! Aku dah siap dah.. (dengan sewenang2nya menuduh Hafiz)”
Faris : “haaa.. Cepat sikit, aku dah segan dah ni kat sini, berdua je.. hahahaha”
Hadi : “Orait3... Jap lagi kitorang sampai”
Perjalanan dijadualkan dan dijanjikan bermula seawal 11.00 pagi. Tapi atas kerana sikap tipikal majoriti rakyat
Ahli Astena adalah:
- Abdul Hadi
- Wan Ahmad Faris
- Uzair Ahmad
- Mohd Hafiz
- Muhammad Syazwan
- Mohd Khaidzir Farhan
- Nur Ainaa
- Khairul Fadzli
- Mohd Arif Farhan (beliau pergi sendiri)
Perjalanan lancar di sepanjang lebuhraya PLUS, tiada masalah sehingga kami tiba di tol Senawang. Setelah memasuki tol senawang, kami membiarkan pasukan Ewoq untuk menerajui perjalanan. Perjalanan itu sepatutnya agak mudah kerana kami telah diberikan peta yang lengkap dan mudah difahami. Penanda arah jalan juga telah disediakan oleh pihak pengantin di simpang-simpang utama.
Akan tetapi, ketika sampai di satu simpang, tiba-tiba kenderaan pasukan Ewoq telah tiba-tiba membelok ke kanan secara mengejut. Kenderaan kami yang dipandu Hafiz juga turut membelok sedemikian dengan kelajuan mengejut 70km/j. Kami semua terdiam sebentar, dan apabila kereta sudah hampir habis membelok, barulah kami bersama-sama terjerit pondan.
Rasa takut dan terperanjat menguasai dan jantung terasa gugur sehingga ke paras lutut. Saat itu, kami semua merasakan hayat kami mungkin akan terlepas dari kandungan badan. Saat itu, kami mula terbayangkan sama ada kami akan masuk syurga atau neraka. Segala amalan pahala dan dosa mula bermain di kepala. Kami sudah mula terbayangkan bidadari yang manis menanti di syurga berselang seli dengan seksaan neraka yang maha azab. Saat itu juga terngiang-ngiang di telinga kami lagu “Sampai Syurga” dendangan Faizal Tahir. Kami mula membasahi lidah dengan zikrullah dan juga istighfar panjang, kerana keterperanjatan kami yang melampau. Setelah tamat keterperanjatan kami, barulah kami mula mencarut dan memaki hamun pasukan Ewoq di hadapan.
Ewoq menyatakan mereka tersalah masuk jalan dan perlu berpatah balik. Kami pun turut berpatah balik kerana kami masih meletakkan kepercayaan kami kepada pasukan Ewoq. Setelah hampir 20 minit berjalan, kami mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Jalan yang kami ikut tidak sama dengan peta yang diberi. Ternyata perasaan kami benar belaka, kerana tidak lama kemudian, pasukan Ewok telah membelok masuk ke kawasan kedai makan Cina untuk patah balik. Nasib baik kali ini, pembelokan yang dilakukan berhemah dan bersopan santun.
“Awis salah baca map, dia baca map nak pegi umah pompuan”...
Dengan wajah manis tersenyum, Ewoq menyalahkan Awis atas tindakan mereka itu. Mendengar sahaja alasan itu, kami meneruskan carutan dan sumpah seranah terhadap Ewoq. Tapi, kami tidak menyumpah dengan kuat-kuat kerana takut didengari Ewoq.
Perjalanan diteruskan mengikut peta yang sebenar, sehinggalah kami sampai di kawasan perumahan pengantin lelaki. Kereta pasukan Ewoq sudah terlepas lorong yang sebenar, dan dengan laju mereka meneruskan perjalanan. Tetapi, kali ini kami tidak bertaklid buta lagi, kami menurut jalan yang benar, dan diikuti oleh kereta Faris. Kami menjumpai dahulu rumah pengantin dan membiarkan pasukan Ewoq terkial-kial mencari jalan yang sebenar. Haram tidak seorang pun dari kami yang rajin untuk menelefon Ewok untuk memberitahu mereka sudah tersalah jalan.
Akan tetapi, kami tidaklah sekejam rejim
~Abdul Hadi dan Khairul Fadzli merebut nasi ibarat merebut takhta~
Tanpa berfikir panjang, kami terus beratur untuk mengambil hidangan. Kami mengambil makanan dan mula mencari tempat duduk yang kosong. Oleh kerana waktu itu adalah waktu makan yang agak kemuncak, kami dapat tempat duduk yang kurang strategik. Kami duduk betul-betul di hadapan khemah kugiran. Ketika makan, kami terpaksa duduk diam tanpa berbual kerana jika kami bersuara pun, tiada siapa yang dapat mendengarnya. Walaupun kami terjerit-jerit. Ini adalah bunyi muzik dari speaker kugiran itu Masyaallah kuatnya sehingga tenggelam bunyi yang lain. Kami hanya boleh berbual ketika mereka berhenti diantara lagu. Agak panjang sedikit pun ketika mereka berhenti untuk menghormati waktu azan Zuhur. Selain dari itu, kami hanya mengunyah dan tersenyum. Akan tetapi, dalam hiruk pikuk dan juga kebisingan itu, sempat juga Syazwan melelapkan mata di meja makan.
Ketibaan pasangan pengantin adalah apabila kami semua sudah habis makan, iaitu pada jam 1.45pm. Pengantin diarak dengan sejenis julangan buatan tangan yang berbentuk seperti perahu. Agak menarik, kerana kami tidak pernah melihat julangan seperti itu. Pasangan pengantin diapit oleh Mun dan Yen, di mana kedua-duanya adalah juga bekas ahli Astena. Bekas ahli Astena yang turut mengiringi pasangan pengantin adalah Dilla dan
Setelah kedua pengantin duduk bersanding, Faris pun mula meneruskan aktiviti menangkap gambar. Setelah beberapa gambar ditangkap, kami pun mula bergerak pulang, tanpa meminta izin dari pengantin. Kami perlu pulang awal kerana masing-masing ada kerja menanti. Sebelum berangkat pulang, kami semua sempat singgah di kedai serbaneka untuk membeli bekalan air, rokok dan kudap-kudapan. Setelah itu, kami pun masing-masing berpecah dan pulang dengan selamat
TAMAT.
2 pendapat:
belok @ corner baring guna CRV adalah pada kelajuan 100km/j memandangkan jeritan pondan berlaku pada aras 100dB bersama pitching berfrekuensi 100KHz.oh tidak....................!!!!! mengelenyah semua bersama biskut tiger Wan...hahahahhaa
ye.. tersedut nyah..
Post a Comment