Toek sedang rehearse babak beliau.
buat julung-julung kalinya pementasan teater dari unit Rumpun Teater Astena telah berjaya membawa pementasan teater berunsur dakwah di Auditorium Uniten kampus Sultan HAS, Muadzam Shah di Pahang sempena Karnival 1Kami anjuran kelab Persatuan Pengajian Islam kampus Muadzam Shah
dengan persiapan yang agak terbatas dan sedikit kesilapan teknikal, kami berjaya membawa sekumpulan anak teater yang terlibat dibawa kesana dengan persiapan yang agak ringkas dan juga dengan masa yang terhad kerana kami bergerak kesana pada hari pementasan yang akan dilangsungkan.
perjalana kesana mengambil masa hampir 4 jam melalui jalan dari Kuala Pilah.
sampai kami disana. kami disambut oleh timbalan pengarah program, Faezah Hamid dari PPI untuk menjamu selera dan berehat melepaskan lelah seketika dari perjalanan jauh sebelum memulakan latihan rehearsal dalam masa yang singkat bersama dengan unit teater Citra Seni yang turut menyumbang bakat untuk pementasan kali ini bersama anak teater Astena.
kami mendapat kerjasama yang cukup baik dengan mereka dalam menjayakan kolaborasi dalam lakonan teater kali ini. terima kasih diucapkan.
kami diberi layanan baik semasa disana dan diberi kemudahan penginapan di Desasiswa Harmoni.
Sebelum pulang ke KL kami berjalan-jalan di pekan Rabu menikmati sarapan dan kemudian melawat ke sekitar Karnival 1Kami di kawasan auditorium. Sempat juga kami semua mengambil ujian BMI dan stress level.. haha
semasa perjalanan pulang, kami berhenti seketika di Istana Besar Seri Menanti melawat sejarah raja dan Minangkabau.
Perjalanan teater dakwah selesai di Uniten Muadzam Shah.
Terima kasih pada PPI, Citra Seni dan Uniten KSHAS!