Sunday, March 29, 2009

Selamat harijadi Presiden Faris!




29 Mac 2009

Hari ini kelab Astena meraikan Hari Presiden @ President Day.
Termaktub bahawa tarikh hari ini merupakan hari kelahiran Presiden Astena, Wan Ahmad Faris Wan Abd Hamid yang ke-22.
Ini merupakan sambutan harijadi beliau yang pertama sebagai Presiden selepas mengambil alih pemerintahan dari mantan Presiden Abdul Hadi pada tahun lepas.
Semoga kelab Astena mekar dibawah pentadbiran tuan presiden. Amin.. ^^)

Selamat hari lahir tuan presiden ke-22!
- Dari seluruh keluarga kerabat kelab Astena~

Saturday, March 21, 2009

Hari Terbuka Uniten 09




21 Mac 09

Jajarkan ke Kiri
Pada hari ini telah diadakan Hari Terbuka Uniten 09 (Uniten Open Day) bertujuan untuk menarik pelajar-pelajar lepasan SPM, pemegang diploma dan lain-lain yang berkelayakan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi disini.

Kelab Astena telah diminta untuk mengadakan persembahan sempena hari khas ini dalam memeriahkan lagi acara dimana kumpulan Gamelan dan Koir terlibat dan secara tidak langsung ini dapat menonjolkan kelab Astena pada bakal-bakal mahasiswa yang akan mengikuti pengajian di Uniten.

Selain Astena, Kelab Silat Cekak Hanafi dan UNIC juga turut sama dalam menonjolkan aktiviti seni dan budaya di Uniten.

Wednesday, March 18, 2009

Inter-Club Tenpin Bowling





Hamper, piala pusingan dan pingat menjadi taruhan..



Ahad, 15 Mac 09

Perlawanan Tenpin Bowling antara kelab dan persatuan Uniten telah diadakan di The Mines Bowling Centre. Perlawanan tahunan ini diadakan bagi merapatkan silaturahim antara kelab dengan kerjasama MPP.
Astena diwakili Wan A. Faris sebagai ketua pasukan, Abdul Rahim, Nazira, Mohd Zulfahmie dan Zuraidah.

Sebelum bermulanya permainan, kami mengalami kesulitan untuk mencari pemain ke-lima memandangkan setiap pasukan memerlukan lima orang pemain. Akhirnya, Zuraidah yang mulanya hanya datang sebagai penyokong bersetuju sertai pasukan kami.
Dalam perlawanan persahabatan ini setiap pasukan perlu bermain 3 pusingan sebelum dikira dan diadili markah dimana terdapat kategori untuk pasukan dan individual mata tertinggi.
Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah ataupun pingat, kami tetap seronok dan puas!

Saturday, March 14, 2009

Rakaman video korporat Uniten


Gamelan, tarian dan koir telah diminta oleh USK untuk pengambaran rakaman video korporat Uniten untuk menggantikan video korporat lama.

Hari penyesuaian diadakan di Bilik Gamelan pada 12 Mac dimana kesemua cabang seni Astena ada berkumpul untuk melihat keadaan sekeliling untuk proses rakaman yang dijadualkan esok.

Rakaman sebenar bermula pada 13 Mac dimana Gamelan akan memulakan rakaman pada 2.30 petang selepas solat Jumaat sementara koir dan tarian akan memulakan pengambaran pada pukul 4 petang juga di Bilik Gamelan.

Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho








13 Mac 09

Jumaat lalu Astena dan anak-anak Rumah Teater menonton teater bangsawan Laksamana Cheng Ho yang diadakan secara percuma selama 2 hari bermula 13-15 Mac 09 di Panggung Bandaraya DBKL.

Ini adalah pertama kali bagi majoriti anak-anak Rumah Teater Astena menonton teater seumpama ini. Dengan 4 buah kereta dalam rombongan kali ini, agak mengujakan untuk melihat teater bangsawan buat kali kedua setelah menonton teater Musang Berjanggut Januari lalu.

Teater Laksaman Cheng Ho dibawah arahan seniman negara Rahman B. mengisahkan kehidupan Laksamana yang terkenal ini memilih untuk setia pada Maharaja dengan mengorbankan cintanya pada Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.
Penampilan khas Musly Ramlee, Anis Saloma dan artis-artis seniman veteran lain menghiburkan penonton dengan lagu-lagu asli Melayu pada setiap selingan pertukaran set babak.

Diharapkan dengan pendedahan pengalaman menonton teater bangsawan yang berkisar kehidupan Laksamana Cheng Ho pada zaman Diansti Ming dapat memberikan satu pengalaman baru dan memberi semangat dalam meneruskan perjuangan seni teater di Uniten terutama kepada generasi baru yang akan memimpin Rumah Teater.

Friday, March 13, 2009

Majlis Penutup KSM 09



8 Mac bertempat di Dewan Seri Sarjana, Majlis Penutup Karnival Sukan Mahasiswa (KSM) telah disempurnakan secara rasmi oleh TNC HEPA, Prof. Ghazali Abod yang diadakan sepanjang minggu di kedua-dua kampus Uniten; KSHAS, Muadzam Shah Pahang dan Putrajaya.
Astena terdiri daripada penari-penari diketuai Nazera, ketua tarian dan juga koir diketuai Sarah, ketua koir telah mengadakan persembahan untuk sesi persembahan pada majlis ini.

Koir menyanyikan dua buah lagu; lagu rasmi Uniten pada awal majlis dan pada pengakhir majlis penutup dimana koir telah menyanyikan lagu Gemuruh sejurus tamat persembahan tarian moden gabungan Astena dan juga UNIC.
Tarian Astena bersama UNIC bergabung dalam persembahan tarian lagu medley rancak selepas tamat upacara menurunkan bendera sukan.

Wednesday, March 11, 2009

Majlis penutup Fiesta Teater Uniten 09


Ketua Teater Astena, Paan sedang memberi taklimat.


Presiden Astena, Wan A. Faris memberikan CD kepada Sopek.

Perbincangan sebelah student degree mengenai Sekolah Teater.
Perbincangan student foundation penubuhan board kecil Rumah Teater.




Bertempat di lobi Dewan Seri Sarjana pada 10 Mac 09 majlis penutup Fiesta Teater dengan hampir kesemua anak-anak Rumah Teater hadir untuk upacara penyampaian CD yang mengandungi video dan foto sepanjang Fiesta Teater 09 diadakan yang disempurnakan oleh Presiden Astena, Wan A. Faris kepada semua sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis.

Pada malam itu juga, Ketua Teater mengumumkan program akan datang dengan penubuhan Sekolah Teater (atau Pondok Teater) untuk merekrut bakat-bakat baru teater Astena pada semester akan datang. Program ini diletakkan di bawah tanggungjawab pelajar Degree.
Sementara itu, pelajar tahun Asas juga diberi tanggungjawab dengan penubuhan board kecil untuk program teater akan datang bertujuan untuk melatih mereka agar dapat mewarisi kepimpinan teater pada masa akan datang.

Kenangan sepanjang Fiesta Teater Uniten 09 tersemat di sanubari..

Monday, March 9, 2009

Fiesta Teater Uniten 2009 - Jebat

- Kenangan anak2 Rumah Teater 2009.
- Selesai sudah Fiesta Teater Jebat.

- mari kita berdemonstrasi!

- Sultan Melaka. Lakonan cemerlang mantan Presiden Astena.

- babak pertama teater Jebat.
- Dayang istana menari dengan Tuah.
- Rakyat berdemonstrasi secara aman.
- Dang Wangi dan Jebat.
- babak klimaks pertarungan antara Tuah dan Jebat.

Fiesta Teater malam ke-2 disambung dengan pementasan teater Jebat

Jika pementasan semalam lebih kepada zaman moden kehidupan kota, Jebat membawa penonton kembali ke masa silam pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pementasan siri 2 ini lebih fokus kepada Jebat sebagai watak utama dalam teater ini.
Seperti yang diketahui dalam sejarah umum dan diinterpretasikan didalam teater ini, Tuah dan Jebat dijadikan hulubalang Melaka. Dek kerna kemahsyuran dan kehebatan Tuah, ramai orang iri hati dengan Tuah yang menjadi kesayangan Sultan Melaka dan beliau difitnah dihukum mati sehingga Jebat menjadi berang dan mengamuk dengan tindakan Sultan.
Tetapi Datuk Bendahara yang bijaksana tidak membunuh Hang Tuah menjadikan Sultan lega kerana Jebat dapat ditentang hanya Tuah sahaja.
Berakhir pementasan malam kedua yang juga merupakan malam terakhir Fiesta Teater Uniten 2009 merupakan penutup musim teater pada semester ini.
Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan menyokong program Fiesta Teater Uniten ini dalam memartabatkan seni teater di Uniten khususnya kepada anak2 Rumah Teater, Astena, HEP, USK dan usaha tanpa penat lelah Ketua Teater, MK Farhan dalam merealisasikan program ini dalam masa singkat khasnya.
Terima kasih juga kepada mereka yang sudi datang menonton pada kedua-dua malam pemantasan Kota Oh Kota dan Jebat.
Diharap kita dapat melakukan lagi program teater pada musim semester depan. Insya Allah.

Saturday, March 7, 2009

Fiesta Teater Uniten 2009 - Kota Oh Kota

- anak-anak Rumah Teater Astena 2009!

- babak akhir pementasan..

- pemimpin rakyat dan kontraktor


- penyair agung dan pelacur



- scene keluarga tukang sapu..


- keluarga si tukang sapu

- si tukang sapu dan pengankut najis..

- Teruna dan Dara di taman bunga..


Akhirnya, pementasan teater selama 2 hari oleh Rumah Teater Astena berjaya direalisasikan pada 2 dan 3 Mac 09.

Malam pertama Fiesta Teater pada 2 Mac dimulakan dengan pementasan teater bertajuk 'Kota Oh Kota' yang mengisahkan kehidupan sosial pelbagai manusia di kota dalam mencari takdir dan rezeki di kota yang penuh dugaan. Dari pelacur, tukang penyapu hingga ke pengangkut najis dan pemimpin rakyat masing-masing mempunyai peranan dalam kota metropolitan.

Teater sulung Fiesta Teater ini dibawah arahan Ketua Teater sendiri, Paan.

Walaupun majoriti kesemua pelakon adalah ahli baru dan tiada pengalaman dalm bidang teater, tetapi dengan berkat latihan dan persediaan, teater ini dapat dijayakan dengan cemerlang
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat; dari pelakon ke krew dalam menjayakan pementasan siri pertama Fiesta Teater Uniten 2009!